Page 41 - BUKU TEKS SK T4
P. 41

Kerja individu
                                 6    Kawalan Urutan

                 Pernahkah anda menerima upah bekerja? Dalam aktiviti ini, anda dikehendaki mencipta sebuah perisian
                 komputer yang dapat menghitung pendapatan kasar dan pendapatan bersih pekerja di sebuah syarikat
                 tempatan. Perisian tersebut memerlukan input masa mula kerja, masa tamat kerja, upah sejam bekerja dan
                 potongan PERKESO .
                 Formula menghitung adalah seperti yang berikut:
                 Pendapatan kasar = jumlah jam kerja x upah sejam
                 Pendapatan bersih = pendapatan kasar - potongan PERKESO
                 1  Buat analisis IPO.
                 2  Cadangkan penyelesaian kepada masalah di atas menggunakan pseudokod dan carta alir berdasarkan
                   pengetahuan mengenai struktur kawalan urutan.
















                       ?


                Tahukah
                Anda

               PERKESO ialah
               Pertubuhan Keselamatan
               Sosial di bawah
               Kementerian Sumber
               Manusia untuk
               menjaga kebajikan
               sosial pekerja-pekerja   Struktur Kawalan Pilihan
               di Malaysia. Caruman    Sesetengah masalah memerlukan keputusan. Keputusan perlu dibuat
               PERKESO memerlukan      setelah menilai  syarat. Keputusan yang  berbeza memerlukan tindakan
               pemotongan bulanan
               daripada gaji pekerja.  susulan yang berbeza. Sebagai contoh, jika hari sudah gelap, ambil baju
                                       dari ampaian. Jika hari masih cerah, sidai baju di ampaian.
                                           Struktur kawalan pilihan memberikan perisian komputer keupayaan
                                       untuk membuat keputusan berasaskan syarat yang telah ditentukan
                                       pengatur cara. Struktur ini membolehkan arahan-arahan lain komputer
                                       dilaksanakan  dalam  situasi  masalah yang  berbeza.  Ciri  umum  adalah
                                       satu syarat yang menentukan satu daripada dua cabang dipilih. Setiap
                                       cabang mengandungi urutan arahan komputer yang berbeza. Sekiranya
                                       satu urutan sudah terpilih, urutan satu lagi akan diabaikan.



                        Sains Komputer Tingkatan 4
                 32
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46