Page 43 - BUKU TEKS SK T4
P. 43

Contoh  10
                                       Pengguna memasukkan umur ke dalam aplikasi komputer. Uji sama ada
                                       umur sudah mencapai usia minimum 17 tahun.
                                       (a)  Kenal pasti pemboleh ubah.
                  Uji Minda            (b)  Kenal pasti nilai yang diuji.
               Berdasarkan Contoh      (c)  Tuliskan ungkapan logik untuk menguji nilai dalam pemboleh ubah.
               10, tuliskan ungkapan   Penyelesaian:
               logik untuk menguji
                                       (a)  umur
               nilai dalam pemboleh
               ubah bagi situasi yang   (b)  17
                                       (c)  umur > = 17 atau umur > 16
               berikut:
               Pengguna memasukkan
               ketinggian dalam
                                       Pseudokod untuk Struktur Kawalan Pilihan
               aplikasi komputer. Uji
               sama ada ketinggian     Perhatikan bahawa terdapat dua blok dalam pseudokod struktur
               minimum ialah 150 cm.
                                       kawalan pilihan. Blok pertama mengandungi blok penyataan yang akan
                                       dilaksanakan sekiranya syarat memberikan nilai "Benar". Perkataan JIKA
                                       diikuti oleh syarat diuji. Blok penyataan mesti berada di antara  MULA_
                                       JIKA dan TAMAT_JIKA.



                                                    JIKA SYARAT_BENAR MULA_JIKA
                                                    BLOK PENYATAAN 1
                                                    TAMAT_JIKA




                                           Blok selainnya mengandungi blok penyataan yang akan dilaksanakan
                                       sekiranya syarat dari blok pertama gagal memberikan nilai "Benar", yakni
                                       "Palsu". Blok penyataan "Palsu" mesti berada di antara  MULA_JIKA_
                                       TIDAK dan TAMAT_JIKA_TIDAK.



                                                    JIKA_TIDAK MULA_JIKA_TIDAK
                                                    BLOK PENYATAAN 2
                                                    TAMAT_JIKA_TIDAK



                Kerjaya Sains            Contoh  11
                  Komputer             Tulis pseudokod untuk menilai hari sama ada hari sudah gelap atau
                                       sebaliknya. Pengguna dikehendaki menjawab sama ada "Benar" atau
               Arkitek rangkaian
               komputer membina        "Palsu" apabila ditanya jika hari sudah gelap. Jika "Benar" untuk hari sudah
               pelan induk rangkaian   gelap, papar "Ambil baju dari ampaian." dan "Simpan dalam bakul.". Jika
               data komunikasi dan     sebaliknya, papar "Sidai baju di ampaian".
               mereka bentuk patch     Penyelesaian:
               untuk infrastruktur yang   1. MULA
               sedia ada sebagai tindak   2. Papar "Hari sudah gelap: Benar atau Palsu?"
               balas kepada ancaman    3. INPUT jawapan dengan nilai "Benar" atau "Palsu"
               keselamatan.

                        Sains Komputer Tingkatan 4
                 34
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48