Page 57 - BUKU TEKS ASK T1
P. 57
Aktiviti Berfi kir
Aktiviti Berfikir2.11
Individu
Layari laman-laman
sesawang yang berikut Rajah di bawah menunjukkan gelombang audio analog,
untuk maklumat lanjut gelombang audio digital kualiti CD dan gelombang audio
tentang audio digital. digital kualiti DVD. Bandingkan kualiti ketiga-tiga gelombang
bunyi yang dihasilkan. Berikan sebab bagi jawapan anda.
http://goo.gl/bmYJox
Petunjuk:
Audio analog
Audio digital CD
Audio digital DVD
http://goo.gl/BZGWP9
2.2.2 Perkaitan Saiz Fail Imej dengan Format Fail
Imej digital boleh disimpan dalam pelbagai format fail. Setiap jenis format fail mempunyai
pelbagai kegunaan. Format yang dipilih untuk menyimpan sesuatu imej digital bergantung
kepada kegunaannya. Jadual 2.14 menunjukkan empat contoh format fail imej digital yang
biasa digunakan.
Jadual 2.14 Jenis fail imej dan kegunaannya
Jenis fail Kegunaan
Joint Banyak digunakan untuk menyimpan imej digital. Sesuai untuk imej yang
Photographic mempunyai bilangan warna antara 256 hingga 16 juta warna seperti gambar foto
Experts Group digital. Data imej dimampatkan untuk mengurangkan saiz fail. Saiz fail yang lebih
(JPEG) kecil membolehkan muat turun dari Internet dengan cepat. Walau bagaimanapun,
pemampatan mengurangkan kualiti imej. Format ini lazim digunakan di Internet
dan kamera digital berkualiti rendah.
Graphics Banyak digunakan di Internet. Format GIF sesuai digunakan untuk imej yang
Interchange mempunyai jumlah warna sehingga 256 warna. Lazimnya format ini digunakan untuk
Format lukisan dan kartun yang mudah. GIF juga merupakan satu format mampatan. GIF
(GIF) menyokong animasi dengan membenarkan beberapa imej disimpan dalam satu fail.
Bitmap Format ini sesuai untuk imej yang mempunyai bilangan warna antara 256 hingga
(BMP) 16 juta warna. Data imej tidak boleh dimampatkan, maka saiz fail adalah besar.
Oleh itu, imej dalam format ini adalah berkualiti tinggi.
Tagged Image Banyak digunakan dalam industri percetakan dan penerbitan atas meja. Format ini
File Format sesuai untuk imej yang mempunyai bilangan warna sehingga 16 juta warna. Fail
(TIFF) imej boleh dimampatkan tanpa menjejaskan kualiti.
48
BAB 2 Perwakilan Data
UNIT02_2.2_39-67.indd 48 9/22/16 11:40 AM

