Page 54 - BUKU TEKS ASK T1
P. 54

Unit ukuran bagi audio digital
                 Audio digital bermaksud isyarat bunyi yang ditukarkan kepada nombor perduaan dan disimpan
                 dalam bentuk pola-pola bit. Kualiti sesuatu audio digital bergantung kepada kadar sampel dan
                 kedalaman bit audio yang digunakan untuk merakam atau mendigitalkannya.
                 (a)  Kadar sampel
                 Kadar sampel ialah bilangan sampel sesaat yang diambil oleh alat analog-to-digital converter
                 (ADC) semasa melakukan pendigitalan sesuatu audio analog. Unit bagi kadar sampel ialah
                 hertz (Hz). 1 Hz bermaksud 1 sampel sesaat. Semakin banyak bilangan sampel yang diambil
                 dan direkodkan dalam satu saat, semakin tepat dan berkualiti suatu audio digital yang
                 dihasilkan. Rajah 2.12 menunjukkan kadar sampel mempengaruhi audio digital.










                              (a)   Bentuk gelombang audio digital yang kurang tepat apabila kadar
                                 sampel untuk audio analog adalah rendah










                              (b)   Bentuk gelombang audio digital yang hampir tepat apabila kadar
                                 sampel untuk audio analog adalah tinggi










                              (c)   Bentuk gelombang audio digital yang hampir sempurna apabila kadar
                                 sampel untuk audio analog adalah sangat tinggi

                                     Rajah 2.12  Kadar sampel mempengaruhi isyarat digital
                    Berdasarkan Rajah 2.12, semakin banyak bilangan sampel, semakin tepat bentuk gelombang
                 audio digital yang terhasil semasa proses persampelan. Ia akan menghasilkan audio digital
                 yang berkualiti tinggi.

                    Kualiti kadar sampel audio yang dihasilkan bergantung kepada keperluan penggunanya.
                 Rangkaian telefon boleh menggunakan kadar sampel serendah 8 kHz. Pada kadar 8 kHz, suara
                 manusia masih boleh didengar dengan jelas tetapi muzik pada kadar sampel ini mempunyai
                 kualiti yang rendah. Jadual 2.11 menunjukkan penggunaan kadar sampel yang berbeza bagi
                 audio digital.

                                                                                                   45
                                                                        BAB 2  Perwakilan Data





       UNIT02_2.2_39-67.indd   45                                                                      9/22/16   11:40 AM
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59