Page 56 - BUKU TEKS ASK T1
P. 56
Jadual 2.12 menunjukkan bilangan nilai perduaan yang boleh digunakan dalam
penghasilan audio digital dengan menggunakan kedalaman bit yang berlainan.
Jadual 2.12 Bilangan bit bagi audio digital yang mempunyai kedalaman bit yang berlainan
Kedalaman Jumlah nilai Nilai-nilai yang mungkin
bit perduaan
4 bit 2 4 0000 sehingga 1111
8 bit 2 8 Sehingga 11111111
16 bit 2 16 Sehingga 1111111111111111
24 bit 2 24 Sehingga 111111111111111111111111
32 bit 2 32 Sehingga 11111111111111111111111111111111
Jadual 2.13 menunjukkan audio digital yang digunakan dalam medium yang berbeza
mempunyai kualiti kedalaman bit yang berbeza.
Jadual 2.13 Kualiti audio dan kedalaman bit
Saluran
Kedalaman bit Kualiti • Audio 44.1 kHz, 16 bit bermakna
(mono/stereo) sampel audio diambil dengan
8 bit Telefon Mono kekerapan 44 100 kali sesaat
dengan jumlah bit sebanyak 65 536.
8 bit Radio AM Mono • Kadar sampel 8 kHz adalah sesuai
bagi audio suara manusia untuk
16 bit Radio FM Stereo didengar dengan jelas tetapi kadar
sampel 8 kHz bagi muzik akan
16 bit Audio CD Stereo menghasilkan audio digital yang
berkualiti rendah.
24 bit Audio DVD Stereo
Aktiviti Berfikir
Aktiviti Berfikir
Aktiviti Berfi kir 2.10
Berkumpulan
Koleksi audio digital
1. Hasilkan satu koleksi audio digital yang mengandungi minimum sepuluh fail daripada
pelbagai sumber.
2. Dapatkan maklumat terperinci bagi setiap fail audio yang anda peroleh seperti nama fail
audio, kadar sampel, kedalaman bit, durasi dan sebagainya.
3. Koleksi audio digital yang baik ialah koleksi audio yang mempunyai kadar sampel dan
kedalaman bit yang pelbagai.
4. Persembahkan hasil koleksi audio digital anda di dalam kelas dengan menggunakan
perisian persembahan.
Contoh:
Negaraku.mp3 Kadar sampel = 44.1 KHz
Kedalaman bit = 24 bit
47
BAB 2 Perwakilan Data
UNIT02_2.2_39-67.indd 47 9/22/16 11:40 AM

