Page 92 - BUKU TEKS ASK T1
P. 92
Aktiviti Berfikir
Aktiviti Berfikir
Aktiviti Berfi kir 3.3
Berkumpulan
Penggunaan jenis struktur kawalan mengikut situasi ulangan
Semasa ujian SEGAK di sekolah, murid-murid diminta melakukan latihan senaman
yang berikut.
Bangkit tubi – lakukan 10 kali.
Naik turun bangku – lakukan seberapa banyak kali yang boleh.
Tekan tubi – lakukan seberapa banyak kali yang boleh, tetapi
sekurang-kurangnya sekali.
1. Kaji situasi pengulangan dalam setiap latihan senaman.
2. Lakukan sumbang saran untuk menentukan jenis gelung ulangan yang sesuai digunakan
untuk setiap latihan.
3. Hasilkan algoritma dalam bentuk carta alir dan pseudokod untuk menunjukkan cara
pengulangan bagi setiap latihan.
4. Bentangkan hasil dapatan kumpulan dalam kelas dengan bantuan perisian
persembahan.
5. Pembentangan anda harus mempunyai:
(a) sebab pemilihan bagi jenis gelung yang digunakan.
(b) algoritma dalam bentuk carta alir dan pseudokod.
3.1.3 Pengesanan Ralat yang Terdapat dalam Pseudokod dan
Carta Alir
Ralat bermaksud kesilapan atau kesalahan yang menyebabkan sesuatu algoritma atau atur cara
tidak berfungsi seperti yang diharapkan atau mengeluarkan output yang salah. Jenis ralat yang
biasa dijumpai dalam algoritma ialah ralat logik, iaitu ralat yang menyebabkan sesuatu algoritma
tidak menghasilkan output yang diingini. Ralat logik boleh terjadi apabila tindakan atau langkah
yang salah diminta untuk dilaksanakan atau urutan pelaksanaan tindakan tidak betul. Oleh itu,
ralat logik adalah disebabkan oleh kesilapan manusia semasa pembangunan algoritma.
Setelah suatu algoritma disiapkan, semakan semula harus dijalankan untuk mengesan
sebarang ralat yang mungkin wujud dan membuat penambahbaikan terhadap algoritma itu.
Rajah 3.28 menunjukkan dua teknik semakan semula yang biasa digunakan.
Semakan semula juga dikenali sebagai semakan kualiti (quality check)
Teknik semakan meja (desk check) Teknik langkah demi langkah (step through)
Rajah 3.28 Teknik-teknik semakan semula
83
BAB 3 Algoritma
UNIT03_3.1_70-91.indd 83 11/11/16 2:46 PM

