Page 96 - BUKU TEKS ASK T1
P. 96
3.1.4 Penghasilan Pseudokod dan Carta Alir bagi Algoritma yang
Melibatkan Gabungan Pelbagai Pilihan dan Ulangan
Pada asasnya, semua algoritma mempunyai langkah-langkah dengan aliran yang berurutan
(sequential fl ow). Kebanyakan algoritma mengandungi struktur kawalan pelbagai pilihan dan
struktur kawalan ulangan kecuali untuk algoritma yang paling mudah.
Langkah-langkah menghasilkan pseudokod dan carta alir bagi sesuatu algoritma
1. Mengenal pasti masalah.
2. Menentukan data yang perlu digunakan. Untuk masalah
3. Menentukan proses atau tugas yang perlu dilaksanakan. kompleks, leraikan
masalah ini kepada
4. Menentukan output yang diingini. masalah-masalah
5. Mereka bentuk algoritma. yang lebih kecil.
6. Menulis pseudokod dan melukis carta alir bagi
sesuatu algoritma.
Dua contoh yang berikut menunjukkan penghasilan
algoritma yang melibatkan struktur kawalan pelbagai pilihan
dan struktur kawalan ulangan.
Contoh 3.1
Sediakan satu algoritma yang memaparkan harga minyak petrol dari 1 hingga 100 liter
apabila diberikan harga seliter.
Langkah 1 – Kenal pasti masalah
Memaparkan harga minyak petrol dari 1 hingga 100 liter apabila diberikan harga seliter.
Langkah 2 – Data input
Harga seliter minyak petrol.
Langkah 3 – Proses
Kirakan harga minyak petrol bagi 1 hingga 100 liter.
Langkah 4 – Output
Paparkan harga minyak petrol bagi 1 hingga 100 liter.
Langkah 5 – Mereka bentuk algoritma
1. Input harga seliter minyak petrol.
2. Setkan kuantiti = 0 liter.
3. Tambah 1 kepada kuantiti.
4. Kira harga minyak petrol = kuantiti × harga seliter.
5. Paparkan kuantiti minyak petrol dan harga.
6. Ulangi Langkah 3 hingga 5 sehingga kuantiti bersamaan 100 liter.
7. Tamat.
87
BAB 3 Algoritma
UNIT03_3.1_70-91.indd 87 11/11/16 2:46 PM

