Page 95 - BUKU TEKS ASK T1
P. 95

Teknik langkah demi langkah (step through)
               Teknik ini memeriksa logik algoritma secara langkah demi langkah mengikut urutan dalam
               algoritma. Berbanding dengan teknik semakan meja, sampel data tidak digunakan untuk
               teknik. Rajah 3.31 menunjukkan carta alir dan Rajah 3.32 menunjukkan pseudokod untuk
               algoritma yang memaparkan jumlah semua nombor antara 1 hingga 10.


                                                                      MULA
                                MULA                                  SETKAN jumlah = 0
                                                                      SETKAN nombor = 0
                                                                      SELAGI nombor < 10
                                                                        TAMBAH nombor kepada jumlah
                          Setkan jumlah kepada 0
                                                                        TAMBAH 1 kepada nombor
                                                                      TAMAT SELAGI
                         Setkan nombor kepada 0                       PAPARKAN jumlah
                                                                      TAMAT

                                                                    Rajah 3.32   Pseudokod bagi memaparkan
                                                Tidak
                             nombor < 10?                                     jumlah semua nombor antara
                                                                              1 hingga 10
                                    Ya
                                                                                Algoritma ini mempunyai
                       Tambah nombor kepada jumlah
                                                                                satu ralat. Algoritma ini
                                                                                tidak memaparkan jumlah
                         Tambah 1 kepada nombor                                 semua nombor antara
                                                                                1 hingga 10. Sebaliknya,
                                                                                algoritma ini memaparkan
                                                                                jumlah semua nombor
                             Paparkan jumlah                                    antara 0 hingga 9.



                                TAMAT


               Rajah 3.31   Carta alir bagi memaparkan jumlah
                          semua nombor antara 1 hingga 10




                   Aktiviti Berfikir
                   Aktiviti Berfi kir 3.6
                      Individu
                                Mengesan ralat dengan teknik langkah demi langkah

                 1.  Semak algoritma pada Rajah 3.31 dan Rajah 3.32 dengan menggunakan teknik
                    langkah demi langkah. Guna pensel dan kertas untuk mencatatkan nilai nombor dan
                    nilai jumlah setiap kali langkah-langkah dalam struktur kawalan SELAGI diulangi.
                 2.  Kenal pasti ralat yang wujud dalam algoritma.
                 3.  Baiki ralat itu.



                  86
                         BAB 3  Algoritma





       UNIT03_3.1_70-91.indd   86                                                                      11/11/16   2:46 PM
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100