Page 98 - BUKU TEKS ASK T1
P. 98
Langkah 3 – Proses
Bergerak ke depan satu langkah setiap kali. Semak petak di depannya sebelum bergerak.
Sekiranya ada halangan (petak berwarna putih) robot perlu berpusing ke kiri atau ke kanan
kemudian bergerak ke depan dalam arah yang baharu.
Langkah 4 – Output
Tugas ini tidak menghasilkan data output.
Langkah 5 – Mereka bentuk algoritma
1. Jika sudah sampai di petak destinasi K, melangkau ke Langkah 7.
2. Jika depan boleh gerak, kekal menghadap depan. Melangkau ke Langkah 5.
3. Jika sebelah kanan boleh gerak, pusing ke kanan. Melangkau ke Langkah 5.
4. Jika sebelah kiri gerak jalan, pusing ke kiri. Melangkau ke Langkah 5.
5. Gerak satu petak ke depan.
6. Ulangi Langkah 1 hingga 5.
7. Tamat.
Langkah 6 – Menulis pseudokod untuk mewakili algoritma
MULA
SELAGI belum sampai di petak K
JIKA depan boleh gerak
KEKAL menghadap depan
JIKA sebelah kanan boleh gerak
PUSING ke kanan
JIKA TIDAK Sebab arah depan dan
PUSING ke kiri kanan tidak boleh gerak.
TAMAT JIKA
GERAK satu petak ke depan
TAMAT SELAGI
TAMAT
Aktiviti Berfikir
Aktiviti Berfi kir 3.8
Individu
Melukis carta alir untuk algoritma pandu arah
1. Lukis carta alir berdasarkan pseudokod dalam Contoh 3.2.
2. Semak algoritma pandu arah dengan menggunakan teknik langkah demi langkah.
Pada pendapat anda, mengapakah teknik semakan meja tidak sesuai digunakan untuk
menyemak algoritma ini?
3. Sekiranya tempat permulaan ditukarkan ke petak B, adakah cadangan algoritma dalam
pandu arah ini masih boleh digunakan? Cuba bayangkan robot kumbang kura-kura
di tempat permulaan B dan gunakan teknik langkah demi langkah untuk menguji
algoritma ini.
89
BAB 3 Algoritma
UNIT03_3.1_70-91.indd 89 11/11/16 2:46 PM

