Page 100 - BUKU TEKS ASK T1
P. 100
PRAK TIS KEN DIRI 3
3
3
1. (a) Pelaksanaan satu set langkah atau (d) Simbol carta alir mewakili
tindakan secara berulang-ulang fungsi .
sehingga syarat yang diuji menjadi (e) Pengendali hubungan yang
benar merujuk kepada . digunakan dalam carta alir dan
(b) Struktur kawalan pseudokod bermaksud .
memecahkan aliran langkah-langkah (f) Pengendali hubungan > yang
dalam algoritma kepada dua atau digunakan dalam carta alir dan
lebih cabang. pseudokod bermaksud .
(c) Simbol pilihan hanya boleh
ada laluan keluar.
2. Terangkan perbezaan antara struktur kawalan pilihan tunggal, dwipilihan dan
pelbagai pilihan.
3. Terangkan perbezaan antara struktur kawalan SELAGI dan ULANG–SEHINGGA.
4. Bina satu algoritma dalam bentuk pseudokod untuk mesin ATM bank yang
melaksanakan tindakan berikut.
Mesin ATM akan menyemak akaun pengguna sama ada baki dalam akaun mencukupi untuk
membuat pengeluaran wang yang dikehendaki. Jika mencukupi, mesej “Diluluskan” dipaparkan.
Jika tidak, mesej “Baki dalam akaun tidak mencukupi untuk pengeluaran ini”. Seterusnya, mesin
ATM akan menanya pelanggan sama ada hendak teruskan atau batalkan transaksi pengeluaran
wang. Jika pelanggan jawab teruskan, proses pengeluaran wang diulangi, jika tidak, proses
pengeluaran wang dibatalkan dan mesin memaparkan mesej “Terima kasih.”
5. Peperiksaan sekolah anda akan diadakan dalam tiga minggu. Bina satu algoritma
dalam bentuk pseudokod untuk memerihalkan jadual ulang kaji anda. Algoritma
anda harus menyatakan subjek yang diulang kaji dan masa ulang kaji untuk
setiap hari dalam satu minggu dan kemudian diulangi untuk tiga minggu.
6. Bina satu algoritma dalam bentuk pseudokod untuk menunjukkan bagaimana
anda akan mengarahkan komputer menentukan nombor yang paling kecil
daripada empat nombor.
7. Bina satu algoritma dalam bentuk pseudokod untuk mengarahkan komputer
menyenaraikan nombor daripada 30 sehingga 15. Anda mesti menggunakan
gelung dalam algoritma ini.
8. Bina satu algoritma dalam bentuk pseudokod untuk membantu satu robot kumbang
kura-kura mencari jalan keluar ke petak K. Pastikan algoritma anda boleh
digunakan tidak kira di mana tempat permulaan, misalnya di petak B atau C.
B PANDUAN
Ubah suai struktur kawalan pelbagai pilihan dalam
K algoritma pandu arah dalam halaman 88–89 dengan:
(a) tukar urutan menyemak petak-petak di hadapan,
kiri dan di sebelah kanan robot kumbang.
C
(b) tambahkan satu pilihan lagi, iaitu jika semua
arah depan, kiri dan kanan tidak boleh bergerak,
A
maka pusing 180°.
91
BAB 3 Algoritma
UNIT03_3.1_70-91.indd 91 11/11/16 2:47 PM

