Page 10 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 10
Sistem Ekonomi
Mereka melibatkan diri dalam perdagangan
Setiap negeri mempunyai kemudahan pelabuhan, mata wang, sistem percukaian, dan sistem
timbang dan ukur
i) Perdagangan dan perlabuhan
Negeri-negeri melayu telah menjalankan kegiatan perdagangan kerana mempunyai pelabuhan
yang terletak di muara sungai yang strategik.
Pelabuhan Johor, Kedah, Klang dan Melaka menjadi pusat pengumpulan barangan dari timur dan
barat.
Syahbandar dilantik bagi mengurus pelabuhan.
ii) Timbang, sukat dan ukur.
Masyarakat melayu mengunakan sukatan seperti kepal, leng, kal , cupak dan gantang
Mengambil sistem timbangan dari pedagang China yang memakai sistem kati, tahil dan pikul
digabungkan dengan sukatan orang melayu.
Bagi timbangan emas dan perak, orang melayu mengambil timbangan pedagang India seperti
saga, mayam, bungkal dan kati.
Apabila pengaruh British sampai ke Alam Melayu, muncul sukatan baharu seperti auns, paun, tan
dan gelen
iii) Mata wang
Pedagang pada mulanya menggunakan sistem barter (tukar barang) dalam urusan perdagangan
Kemudian mata wang digunakan, iaitu wang logam diperbuat daripada timah dan emas
Kedah menggunakan mata wang emas
Di Kelantan mata wang emas dikenali sebagai duit kijang
Di Terengganu mata wang Terengganu atau pitih Terengganu
2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3

