Page 9 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 9

BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT


      1.1 Kestabilan dan Kemakmuran Negara Kita

      Kemakmuran

            Dipengaruhi kekayaan hasil bumi dan sumber alam.

            Antara faktornya ialah kekayaan hasil galian, kesuburan tanah, sumber makanan, kelautan, flora
             dan fauna.

            Seterusnya  kemuncak  kemakmuran  negara  ialah  perkembangan  kegiatan  keintelektualan  dan

             persuratan.
            Hasilnya,  kemunculan  pelabuhan  perdagangan  yang  strategik  membolehkan  sumber  hasil  bumi

             diperdagangkan ke seluruh dunia.



      Hasil Bumi dan Hasil Alam

           Hasil bumi negara kita ialah hasil galian dan hasil hutan
           Hasil galian utama ialah bijih timah, emas dan perak

           Kegiatan mendulang bijih timah dan emas menggunakan kaedah mendulang dan melampan

           Mendulang dilakukan di kawasan sungai kerana bijih timah banyak di dapati di lembah sungai
           Hasil hutan negara kita ialah rempah ratus, damar dan rotan

           Hasil Alam terbahagi kepada dua iaitu hasil rimba dan hasil laut.
           Hasil  rimba  seperti  kayu  kayan,  kapur  barus,  rotan,  dammar,  getah  jelutung,  kayu  gaharu  dan

             cendana

           Hasil hutan ini dijual kepada pedagang China, Jepun, Siam dan India
           Hasil laut pula ialah sirip ikan yu, timun laut, rumpai laut dan mutiara


      Manafat  Hasil  Alam

           Masyarakat tempatan mempunyai sifat kreatif dan berkemahiran tinggi

           Dari sumber alam, mereka menghasilkan kraf tangan yang indah dan menarik
           Daun mengkuang, daun pandan, daun nipah dan buluh, dianyam menjadi tikar atau bakul

           Masyarakat  Melayu  juga  mahir  dalam  bertukang  kayu,  membuat  perahu,  membuat  perabut

             daripada rotan dan menempa alat senjata tradisional
           Di Sarawak terdapat kegiatan menenun kain pua dan menyulam selendang


              1  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14