Page 192 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 192

2.  Diplomasi Menangani Tekanan British

                      •  Diplomasi yang baik ditunjukkan oleh pemerintah Johor dan Terengganu
                      •  Kebijaksanaan diplomasi ini menyebabkan Johor dan Terengganu menyekat kemasukan

                         British dan mengekalkan kedaulatan negeri

               a)  Diplomasi  Sultan Abu Bakar Johor

                    i.   Hubungan Baik dengan Negeri-Negri Selat
                             •  Teluk Belanga dikekalkan sebagai milik Kesultanan Johor

                             •  Baginda dan kerabat menetap di Singapura sebelum berpindah ke Johor 1889


                    ii.   Kunjungan ke England
                             •  Dikurniakan gelaran Maharaja Johor (1858)

                             •  Meredakan tekanan Gabenor NNS
                             •  Menyelesaikan pertikaian di negeri-negeri Melayu


                   iii.   Menubuhkan Lembaga Penasihat Johor di England
                             •  Ahli dilantik oleh Sultan dalam kalangan pegawai British yang berpengaruh untuk

                                 menasihati baginda dalam hal pentadbiran


               b)  Diplomasi   Sultan Zainal Abidin III Terengganu
                    i.   Kebijaksanaan Dalam Rundingan

                             •  Berani mempertahankan kedaulatan negeri
                             •  Berunding dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat selepas Perjanjian Bangkok


                    ii.   Perjanjian  British - Terengganu 1910
                             •  Meminda Perjanjian Bangkok

                             •  Desak British mengakui Terengganu negeri yang merdeka

                             •  Terengganu menerima wakil British yang tiada kuasa dalam pentadbiran
                             •  Perjanjian ini menzahirkan sifat arif Sultan mempertahankan kedaulatan negeri







                  2  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3
   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197