Page 193 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 193

3.  Keengganan  Pemerintah Negeri-Negeri Melayu Utara Menerima Penasihat British

                      •  Ini bertujuan untuk mempertahankan hak dan identiti negeri  dan kedudukan politik raja
                         dan pembesar

               a)  Penasihat British di Kedah

                      •  Penasihat British pertama ialah W.G.Maxwell   (15 Julai 1909)
                      •  Kehadiran W.G.Maxwell menimbulkan pergeseran dengan Majlis Mesyuarat Negeri yang
                         diterajui Tunku Mahmud
                      •  Konflik berpunca daripada tindakan W.G.Maxwell melampaui campur tangan dalam
                         urusan pentadbiran negeri dengan menjadikan bahasa Inggeris dalam surat rasmi dan
                         mengibar bendera Union Jack
                      •  Konflik ini membawa kepada Perjanjian Kedah British ( 1 November 1923)
                      •  Berjaya kekalkan identiti sebagai negeri Melayu


               b)  Penasihat British  di Perlis

                      •  Penasihat British pertama ialah Meadow Frost (15/7/1909)
                      •  Naungan Siam dipindahkan kepada British, namun British dan Perlis tidak terikat dengan
                          sebarang perjanjian rasmi
                      •  Perjanjian Perlis-British (28 April 1930) menjadikan Perlis negeri terakhir menerima
                          naungan British
                      •  Kesannya penasihat British dapat meningkatkan pentadbiran melalui Majlis Mesyuarat
                          Negeri Perlis


               c)  Penasihat British  di Terengganu

                      •  Sultan Zainal Abidin III enggan menerima Penasihat British , hanya menerima wakil
                          British yang tiada kuasa dalam Pentadbiran
                      •  Penguasaan British dalam pentadbiran Terengganu berlaku selepas kemangkatan baginda
                      •  Sultan Muhammad II didesak menandatangani Perjanjian Terengganu – British (24 Mei
                          1919), Wakil British ditukar menjadi Penasihat British yang membolehkan British
                          campurtangan dalam hal pentadbiran negeri kecuali agama Islam dan adat
                      •  Terima J.L.Humphreys sebagai Penasihat British pertama
                      •  Sultan Muhammad II lebih banyak berunding dengan pembesar menimbulkan kemarahan
                          British dianggap penghalang dasar British
                      •  Baginda menurun takhta dan diganti dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah



                  3  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3
   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198