Page 194 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 194
d) Penasihat British di Kelantan
• Sultan Muhammad IV tidak menerima Perjanjian Bangkok
• British berunding dengan baginda untuk mewujudkan perjanjian (1910)
• Kandungan perjanjian:
i. J.S.Mason sebagai Penasihat British
ii. Nasihat perlu diikuti kecuali agama Islam dan adat Melayu
iii. Tidak dibenarkan membuat hubungan luar tanpa melalui Penasihat British
4. Mengubal Undang-Undang Tubuh
• Memperkenalkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dan Undang-Undang Bagi Diri
Kerajaan Terengganu
• Dokumen perjanjian bertulis tentang pembentukan secara rasmi dasar pemerintahan negeri
Melayu
• Memperkukuhkan kuasa pemerintah negeri dan menghalang kuasa asing mencampuri urusan
pentadbiran negeri
a. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
• Dimasyhurkan oleh Sultan Abu Bakar ( 14 April 1895), mejadikan Johor negeri pertama
mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan mempunyai unsur demokratik
• Tujuan Penggubalan
i. Mengimbangi kuasa British
ii. Mempertahankan identiti negeri
• Kandungan
i. Sultan, Menteri dan Jemaah Pangkuan Kerajaan tidak boleh menyerahkan negeri
kepada kuasa asing
ii. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan mestilah terdiri rakyat Johor
iii. Jemaah Menteri mestilah bangsa Melayu, rakyat Johor dan beragama Islam
iv. Islam agam rasmi negeri
v. Raja dan Kerajaan mengekal hubungan baik dengan British
• Kepentingan
i. Membentuk kerajaan yang berteraskan demokrasi bagi menggantikan pemerintahan
bercorak mutlak
ii. Memberi kesan kepada rancangan British untuk menguasai Johor
4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3

