Page 195 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 195
b. Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu
• Digubal oleh Sultan Zainal Abidin III dikenali juga Itqan Al-Muluk Bi Ta „dil al-Suluk
• Tujuan Penggubalan
i. Memantapkan pentadbiran
ii. Memelihara Kedaulatan negeri
• Kandungan
i. Kerajaan Terengganu merupakan kerajaan Melayu Islam
ii. Islam merupakan asas perundangan negeri
iii. Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Terengganu kepada mana-mana kuasa
asing
iv. Sultan yang menyerahkan negeri kepada kuasa asing hendaklah turun dari takhta
v. Menteri besar mestilah beragama Islam dan rakyat negeri
vi. Ahli Mesyuarat Negeri boleh terdiri daripada orang bukan beragama Islam tetapi
mestilah rakyat negeri
• Kepentingan
i. Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan raja, pembesar dan rakyat jelata
ii. Menjadi benteng untuk menghalang campurtangan British
5. Raja Menerajui Pemodenan Negeri
• Pemodenan negeri adalah langkah menutup ruang campur tangan British
• Pemodenan meliputi aspek politik seperti pentadbiran, ekonomi seperti pewujudan
beberapa jabatan kewangan manakala aspek sosial berkaitan pelajaran, kesihatan dan
kebajikan rakyat
a. Pemodenan Johor
a. Sultan Abu Bakar digelar “Bapa Pemodenan Johor”
b. Baginda dibantu oleh pembesar berwibawa seperti Dato‟ Jaafar bin Muhamad, Dato‟ Abdul
Rahman bin Andak, Dato‟ Mohammad Salleh bin Perang dan Dato‟ Muhammad Ibrahim
bin Munsyi Abdullah
c. Menubuh pelbagai jabatan yang beroperasi dengan cekap dan berkesan sehingga British
tidak berpeluang untuk campur tangan
5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3

