Page 59 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 59
BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
Secara umumnya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang kaya dengan hasil bumi seperti
bijih timah dan emas berjaya ditadbir urus dengan baik sehingga negeri tersebut makmur telah menarik
minat kuasa Acheh, Belanda dan British untuk menguasai negeri tersebut
Kekayaan bijih timah
Perlombongan bijih timah abad ke-15
i. Diusahakan oleh orang Melayu di lembah sungai untuk kegunaan tempatan dan diperdagangkan
ii. Perdagangan di bawah pengawasan pembesar sebagai pemilik lombong dan membekalkan
keperluan perbelanjaan
iii. Pembesar memperolehi kawasan pegangan melalui surat tauliah sultan
iv. Contohnya Che Long Jaafar di Larut Perak dapat surat tauliah daripada Paduka Seri Sultan
Shabudin Riayat Syah
v. Sultan menerima hasil perdagangan
vi. Kaedah tradisional melombong bijih timah iaitu melampan
Perlombongan bijih timah abad ke-16 hingga abad ke-17
i. Tertumpu di Sungai Perak, Kuala Kangsar, Kelian Intan, Manjung dan Beruas
ii. Perak pelabuhan utama menghasilkan bijih timah
iii. Tumpuan pedagang terutama Portugis
iv. Kekayaan dan kemakmuran Perak menyebabkan Acheh meletakkan Perak sebagai negeri
naungannya
v. Perak menjadikan bijih timah bahan untuk mendapatkan perlindungan Portugis bagi
membebaskan Perak daripada Acheh
Perlombongan bijih timah abad ke-18
i. Perak
Bijih timah dikeluarkan oleh pelombong kecil Melayu di kawasan Larut (Kerian, Kurau,
Larut, Terong dan Beruas)
Sultan Muzafar membuat perjanjian menjual bijih timah kepada Belanda
Kota Belanda di Pulau Pangkor di bina sebagai gedung menyimpan bijih timah yang
diperolehi dari Perak
Akhir abad ke-18 hasil merosot akibat aktiviti penyeludupan untuk dijual pedagang British
di Pulau Pinang
1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

