Page 64 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 64
3.2 Perluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
Pengenalan
Perkembangan perindustrian yang berlaku di Eropah menyebabkan British memerlukan bahan mentah
yang mencukupi untuk menjamin pengeluaran hasil industri Eropah
Kemakmuran negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah mendorong British berusaha
meluaskan kuasa ke Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
Strategi Brtitish Meluaskan kuasa di Negeri-Negeri Melayu
British menggunakan pelbagai taktik untuk meluaskan kuasa di negeri-negeri Melayu seperti strategi
manipulasi, desakan dan ugutan serta perjanjian dengan pemerintahan tempatan.
a) Strategi Manipulasi
Suasana yang tidak stabil dan kekacauan yang berlaku di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
membuka peluang kepada British untuk melaksanakan strategi manipulasi dengan memberi bantuan
kepada pihak yang berkepentingan untuk membolehkan British meluaskan pengaruhnya.
Manipulasi British di Perak
British mengambil peluang untuk menguasai Perak apabila berlakunya kekacauan di Perak
Gabenor Negeri-negeri Selat , Andrew Clarke mengambil peluang ini untuk campurtangan dan
bertindak sebagai orang tengah menamatkan kekacuan di Perak
Alasan British adalah untuk menyelamatkan rakyat Perak daripada keadaan kucar kacir.
Kekacuan di Perak disebabkan oleh:
i. Perang Larut 1861-1874
Pemerintah Larut, Ngah Ibrahim telah membawa masuk ramai pelombong Cina
untuk memajukan perlombongan bijih timah
Kumpulan Ghee Hin dan Hai San bergaduh untuk mempertahankan hak dan
kepentingan masing-masing hingga tercetus Perang Larut
Ini menjejaskan perdagangan bijih timah di Negeri-negeri Selat
Pelabur Eropah dan pedagang Negeri-negeri Selat mendesak British
campurtangan untuk melindungi pelaburan mereka dalam perlombongan bijih
timah
ii. Perebutan takhta Kesultanan Perak
Perak mengamalkan sistem penggiliran dalam pewarisan takhta Kesultanan
Perak
Mengikut sistem ini, bakal raja perlu melalui jawatan Raja Di Hilir, Raja Bendahara
dan Raja Muda sebelum ditabal menjadi Sultan
Pada abad ke-19 berlaku krisis takhta kerana sistem penggiliran tidak dipatuhi
Selepas kemangkatan Sultan Ali, Raja Ismail (Raja Bendahara) dilantik sebagai
Sultan dan mendapat sokongan pembesar Hulu Perak termasuk Ngah Ibrahim
Raja Yusoff (Raja Di Hilir) menuntut haknya sebagai sultan setelah lama
diketepikan.
6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

