Page 60 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 60
ii. Selangor
Perlombongan bijih timah di Kuala Selangor
Sultan Ibrahim membuat perjanjian menjual bijih timah kepada Belanda.
Perlombongan bijih timah abad ke-19
i. Larut
Diusahakan oleh Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim di Klian Pauh dan Klian Baru
dengan membawa masuk pelombong Cina
Kuala Sepetang dijadikan pelabuhan mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau Pinang
ii. Lembah Kinta
Pengeluar utama bijih timah dunia
Kegiatan pelombongan mewujudkan bandar Gopeng, Ipoh dan Kampar
Sultan Ismail mengusaha dan memajukan kawasan perlombongan bijih timah di Lembah
Kinta menyebabkan muncul Bandar Papan dan Pengkalan Peguh
iii. Jugra
Pusat pentadbiran Kesultanan Selangor
Juga pusat pengutipan cukai bijih timah melalui Sungai Langat untuk ke pelabuhan
Melaka
iv. Kuala Lumpur
Pusat pengeluaran bijih timah yang penting di Selangor
Bijih timah di lombong di Ampang
Mendorong orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan
Pembentukkan Bandar Kuala Lumpur yang diambil dari nama Sungai Lumpur (Sungai
Gombak sekarang)
v. Lukut
Diusahakan oleh Raja Busu dengan membawa masuk pelombong Cina
Raja Jumaat kemudiannya berjaya menjadikan Lukut sebagai pusat perdagangan bijih
timah terkenal
Lukut diserahkan kepada Sungai Ujong melalui rundingan antara Sultan Selangor
bersama pemerintah Sungai Ujong
Selangor menerima Kajang, Semenyih dan Beranang yang sebelum ini di dalam
kawasan Sungai Ujong
2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

