Page 61 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 61

Kekayaan Hasil Emas

               Kawasan jalur emas sebahagian besar terdiri daripada negeri Pahang yang meliputi Raub.
               Melalui rekod Negara China, emas  menjadi ekspot utama Pahang sejak abad ke-13.
               Menurut  catatan  Portugis,  pada  abad  ke-16  emas  di  Pahang  diperdagangkan  ke  Melaka  dan  Sultan
                Pahang menggunakan emas sebagai hadiah kepada negeri-negeri lain.
               Berdasarkan  sumber  India,  Semenanjung  Tanah  Melayu  dikenali  sebagai  Suvarnabhumi  yang
                bermaksud Bumi Emas
               Catatan  Yunani  (2M)  menamakan  Semenanjung  Tanah  Melayu  sebagai  Golden  Khersonese  yang
                bermaksud Semenanjung Emas


               Lokasi Perlombongan Emas di Pahang
                   i.   Perlombongan emas telah dilakukan di Hulu Pahang iaitu di sekitar Sungai Tembeling, Sungai
                        Jelai dan Sungai Semantan
                  ii.   Kawasan-kawasan  penting  perlombongan  emas  ialah  Raub,  Tui,  Tersang,  Selising,  Penjom,
                        Kechau dan Hulu Dong.

               Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang pada abad ke-16 dan ke-17
                      Dijalankan oleh orang Melayu, orang asli dan orang Minagkabau
                      Menggunakan kaedah mendulang dan melampan

               Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang pada abad ke-18
                      Kekayaan emas menarik kehadiran oramg Cina dari Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan
                      Menggunakan kaedah melampan

               Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang pada abad ke-19
                      Sultan Ahmad member konsesi kepada orang Eropah
                      Menggunakan kaedah lombong dedah dan lombong bawah tanah



         Latihan Objektif

             1.  Apakah kekayaan hasil bumi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang menarik minat British
                menguasai Negara kita?

                   I.   Bijih timah                        A.  I     dan   II
                  II.   Bijih besi                         B.  I     dan   IV
                 III.   Arang batu                         C.  II    dan   III
                 IV.    Emas                               D.  III  dan   IV






                 3  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66