Page 66 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 66
ii. Persaingan pembesar memungut cukai di Sungai Linggi
Dato’ Kelana, Dato’ Syahbandar dan Dato’ Muda Linggi saing bersaing untuk
mengawal pungutan cukai di Sungai Linggi
Persaingan tersebut menjejaskan perdagangan di Negeri-negeri Selat
British memanipulasikan persengketaan dengan member bantuan ketenteraan kepada Dato’
Kelana untuk mengalahkan Dato’ Syahbandar.
Manipulasi Brtisih dalam konflik ini berjaya meletakkan Sungai Ujong yang kaya dengan bijih
timah di bawah kekuasaan British.
b) Desakan dan Paksaan Kepada Raja-Raja Melayu Menerima Perlindungan British
Desakan British di Selangor
British terus mencari alasan setelah gagal memujuk Sultan Abdul Samad menerima perlindungan ketika
memberi bantuan ketenteraan menamatkan Perang Klang
Berlaku rompakan kapal dagang British di perairan Kuala Langat dalam pelayaran dari Pulau Pinang ke
Melaka
Serangan rumah api Tanjung Rachado
Peristiwa itu digunakan British mendesak sultan menerima perlindungan dengan alasan gagal
mewujudkan keselamatan di perairan Selangor untuk kegiatan perdagangan
Desakan British di Pahang
Tiada alasan untuk campurtangan kerana tiada kekacauan di Pahang
Sultan Ahmad sangat berhati-hati dalam rundingan dengan British
Sultan Abu Bakar ( Johor) membantu British memujuk Sultan Ahmad menerima wakil British
Kematian Goh Hui, rakyat British di perkarangan istana membolehkan British mendesak sultan dengan
alasan tidak mampu mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam
c) Strategi Menandatangani Perjanjian Dengan Pemerintah Tempatan
Bagi mengukuhkan kuasa, Britsih mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan untuk
menerima pengaruh British dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu
Perjanjian pertama British dengan negeri Melayu ialah perjanjian dengan pembesar Perak di Pulau
Pangkor yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor 1874
Perjanjian Pangkor 1874 mengukuhkan kuasa British di Perak
Andrew Clarke memanggil ketua Ghee Hin dan Hai San untuk menamatkan perselisihan faham
Pembesar-pembesar Melayu yang bertelagah, Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor
dipanggil untuk berunding di Pulau Pangkor
Sultan Ismail dan Raja Yusoff tidak menyertai rundingan tersebut
Syarat Perjanjian Pangkor:-
i. Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak
ii. Raja Ismail sebagai Raja Muda
iii. Sultan menerima Residen British – nasihat mesti diminta dan dipatuhi dalam semua
urusan pentadbiran kecuali agama Islam dan adat Melayu
8 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

