Page 65 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 65

  Raja Abdulllah (Raja Muda) tidak ditabalkan menjadi sultan kerana tidak hadir ke
                                      upacara  pemakaman  Sultan  Ali.  Baginda  mendapat  sokongan  pembesar  Hilir
                                      Perak seperti Dato’ Maharaja Lela

                         Andrew Clarke menyokong Raja Abdullah dan menyatakan kesedian British untuk membantu
                           mengesahkan  Raja  Abdullah  sebagai  Sultan  Perak  dan  menamatkan  pesengketaan
                           pelombong Cina demi mewujudkan keamanan di Perak


               Manipulasi British di Selangor
                         Sewaktu  pemerintahan  Sultan  Abdul  Samad,  tercetus  pertelingkahan  dalam  kalangan
                           kerabat diraja Selangor yang menyebabkan berlakunya Perang Klang
                         British campurtangan dalam pertelingkahan tersebut untuk meluaskan pengaruh di Selangor
                         Pihak yang terlibat dalam Perang Klang  1866-1874 ialah:
                             i.   Raja Abdullah bin Raja Jaafar
                                        Sultan Abdul Samad memberi hak mentadbir Klang
                                        Berjaya memajukan Klang sebagai pusat pengeluaran bijih timah
                                        Pembukaan lombong di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur
                                        Mendapat sokongan kumpulan Hai San

                             ii.   Raja Mahadi bin Raja Sulaiman
                                        Putera Raja Sulaiman yang mentadbir Klang sebelum diserahkan kepada Raja
                                         Abdullah
                                        Menuntut hak ke atas Klang kerana pernah di bawah kekuasaan ayahandanya
                                         dan kemajuan perlombongan
                                        Mendapat sokongan kumpulan Ghee Hin

                         Kekacauan ini memberi  peluang kepada British memanipulasi politik
                         British memihak kepada Raja dan pembesar Melayu yang boleh membawa keuntungan
                         British  memberi  bantuan  ketenteraan  kepada  Tengku  Kudin  untuk  menamatkan  Perang
                           Klang
                         British mengharapkan sultan menerima perlindungan British untuk kestabilan Selangor.



               Manipulasi British di Sungai Ujong, Negeri Sembilan

                      British berpeluang melakukan manipulasi politik di Negeri Sembilan apabila berlaku perbalahan
                        pembesar Melayu di Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah
                          i.   Kepentingan Sungai Linggi
                                    Laluan penting yang menghubungkan Sungai Ujong dengan kawasan sekitarnya
                                    Penguasaan  ke  atas  Sungai  Linggi  membolehkan  pembesar  memungut  cukai
                                      daripada pedagang bijih timah melalui sungai tersebut untuk ke Melaka



                 7  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70