Page 92 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 92
4.4 Sistem Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Ciri-ciri Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) :
1. Pentadbiran bersifat longgar, tiada satu unit politik pentadbiran tunggal
2. Terletak di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang
juga Gabenor Negeri-Negeri Selat
3. Raja di NNMTB mempunyai kuasa lebih besar berbanding raja di NNMB
4. NNMTB mengamalkan pemerintahan beraja yang bebas dan berkuasa autonomi
5. Pentadbiran NNMTB berasingan dengan NNMB sehingga Perang Dunia Kedua
6. Tiada perjanjian khas bagi mewujudkan penggabungan sebaliknya lebih bersifat membezakan
pentadbiran NNMTB dengan NNMB
7. British gagal menggabungkan kedua-dua pentadbiran kerana ditentang raja Melayu
Secara umumnya, pentadbiran di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mempunyai persamaan.
Antaranya ialah;
1. Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran yang turut melibatkan pembesar
tempatan
2. Sultan atau raja mempengerusikan Majlis Mesyuarat Negeri
3. Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada majoriti orang Melayu, manakala penglibatan
pegawai Eropah adalah terhad dan hanya memegang jawatan tertentu sahaja
4. Menteri Besar atau Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai terpenting dalam pentadbiran
negeri.
5. Negeri Johor dan Terengganu pentadbiran berasaskan Undang-Undang Tubuh
Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan dalam pentadbiran di Terengganu dan Johor,
seperti pada jadual di bawah ini
4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 2020

