Page 93 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 93
Pentadbiran di Perlis
i. Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan turut melibatkan pembesar
tempatan
ii. Majlis Mesyuarat Negeri menjalankan pentadbiran yang dipengerusikan oleh raja
iii. Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu, hanya terdapat 3 orang
pegawai Eropah dalam pentadbiran di Perlis
iv. Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting
Pentadbiran di Kedah
i. Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan turut melibatkan pembesar
tempatan
ii. Kedah tidak akan diserahkan kepada mana-mana negeri lain tanpa keizinan sultan dan Majlis
Mesyuarat Negeri
iii. Kakitangan awam terdiri daripada orang Melayu
iv. Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting
Pentadbiran di Kelantan
i. Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan turut melibatkan pembesar
tempatan
ii. Sultan mempengerusikan Majlis Mesyuarat Negeri dan Penasihat British merupakan anggota
Majlis
iii. Kakitangan awam terdiri daripada orang Melayu. Pegawai Eropah dihadkan memegang
jawatan tertentu
iv. Menteri Besar memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri
Pentadbiran di Terengganu
i. Pentadbiran negeri berlandaskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terenganu
ii. Undang-undang ini menetapkan perundangan tidak boleh dipinda
iii. Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan melibatkan pembesar
tempatan
v. Kakitangan awam terdiri daripada orang Melayu. Penglibatan Pegawai Eropah dalam
pentadbiran dihadkan
5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 2020

