Page 94 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 94
Pentadbiran di Johor
i. Berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
ii. Sultan tidak dibenarkan menyerahkan negerinya kepada kuasa asing
iii. Pentadbiran dijalankan oleh Menteri Besar. Setiausaha negeri terdiri daripada orang Melayu
yang menjadi jurucakap kerajaan
iv. Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri membantu sultan dalan pentadbiran
v. Orang Eropah dan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan Johor dilayan sama taraf dan
keutamaan diberi kepada orang Melayu bagi memenuhi jawatan pentadbiran
Perkembangan Pentabdiran kesan pembentukan NNMTB
1. Pengekalan Kedudukan Sultan
Kedudukan Sultan dan pembesar dikekalkan
Sultan masih berkuasa terutamanya berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu
Pembesar tidak lagi memunggut cukai dan pajak, sebaliknya diberikan elaun dan
pencen
2. Penerusan Sistem Pentadbiran Tradisional
Sistem Jemaah Menteri dan Majlis Negeri diteruskan
Peraturan dan undang-undang tempatan juga diteruskan
Pembesar Melayu menjadi peneraju sistem pentadbiran Negeri dan dibantu oleh pihak
British
Setiap negeri mempunyai sistem perkhidmatan awam
3. Pengenalan Birokrasi Barat
Urusan pentadbiran mengamalkan cara Barat
Penasihat British menggugat kuasa sultan dan pembesar
Jabatan-jabatan baru diperkenalkan
Sistem perundangan Barat diperkenalkan
Pegawai British dilantik dalam pentadbiran kerajaan
6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 2020

