Page 41 - Majlis Hari Anugerah Cemerlang Akademik 1 & Mesyuarat Agung PIBG Kali ke15
P. 41

4. Membentang Dan Menerima Laporan Kewangan Yang Berakhir  Pada 31 Disember
               2018

               4.1 Laporan kewangan telah dibentangkan oleh Puan Diana binti Muhd Shuffian selaku
                  Bendahari Kehormat PIBG.(Rujuk buku program muka surat 55 hingga 64)

               4.2 Yang Dipertua PIBG meminta ahli mesyuarat menerima dan mengesahkan Penyata
                  Kewangan Berakhir 31 Disember 2018.

                  Cadangan       :      Encik Sim Ee Chai
                  Sokongan       :      Mejar (B) Syed Alwi bin Syed Mansur

                                                                                Tindakan      :  Makluman

           5. Perkara-perkara Berbangkit

               5.1 Mejar  (B)  Syed  Alwi  mencadangkan  dinyatakan  nilai  bagi  setiap  aset  kepunyaan
                  PIBG  dan  memohon  penjelasan  berkaitan  rekod  perbelanjaan    Minda  Usahawan
                  2018.

               Jawapan Mesyuarat

                  Pengerusi menjelaskan  agihan untung peserta jualan berjumlah RM15,499.20 yang
                  direkodkan dalam perbelanjaan Hari Minda Usahawan adalah merangkumi bantuan
                  pinjaman modal dan agihan keuntungan hasil jualan kepada setiap kelas. Bantuan
                  pinjaman  tambahan  modal  tersebut  dibayar  semula  selepas  berakhirnya  program
                  Hari Minda Usahawan.

               Pengerusi mengucapkan terima kasih atas teguran yang diberi.

               5.2 Puan  Habsah  binti  Mat  Ishak  memohon  penjelasan  berkaitan  terdapat  dua  rekod
                  penerimaan  wang  untuk  bayaran    pendaftaran  tingkatan  1  dicatatkan  dalam
                  penyata  kewangan  (Rujuk  muka  surat  57).    Beliau  mencadangkan  tarikh  perlu
                  direkodkan untuk mengelakkan kekeliruan.

               Jawapan Mesyuarat

                  Pengerusi  menjelaskan  kedua-dua  bayaran  pendaftaran  tingkatan  satu  yang
                  direkodkan  adalah  untuk  kemasukan  tingkatan  1  tahun  2019.    Pendaftaran  bagi
                  tahun 2019 ialah pada 27 Disember 2018. Bayaran pendaftaran tingkatan satu 2018
                  merujuk  kepada  kutipan  yang    semasa  pendaftaran  tersebut  .  Beliau  akan
                  memastikan  catatan  tarikh  dibuat  bagi  setiap  rekod  penyata  kewangan  bagi
                  mengelakkan kekeliruan.

                                                                                                     Tindakan   :  Bendahari








                                                           41
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46