Page 44 - Majlis Hari Anugerah Cemerlang Akademik 1 & Mesyuarat Agung PIBG Kali ke15
P. 44
Jawapan Pengetua
Sumbangan boleh disalurkan melalui dua akaun iaitu Akaun PIBG dan Akaun
Surau. Setiap sumbangan perlu dimaklumkan kepada PK HEM atau Pengerusi
PIBG. Sumbangan juga boleh disalurkan melalui anak-anak ke Tabung Jumaat
yang diedarkan semasa program bacaan Yassin. Kutipan tersebut akan digunakan
untuk membantu pelajar kurang berkemampuan seperti membiayai program yang
memerlukan bayaran supaya mereka tidak terpinggir daripada menyertai
program-program sekolah, selain bantuan-bantuan lain yang difikirkan perlu untuk
kebajikan pelajar. Antara program yang telah dikenal pasti ialah program
Perkhemahan Ilmu SPM pada 5 -6 April di UPM dan program Pemantapan Jati
Diri .
Rak kasut dalam proses perbincangan dan akan diusahakan oleh pihak sekolah
bersama-sama PIBG.
Aduan kerosakan telefon awam telah dibuat tetapi sehingga setakat ini belum
dibaiki.
Pengetua membenarkan pelajar menggunakan telefon pejabat sekiranya perlu
menghubungi ibu bapa.
8. Hal-hal lain
8.1 Puan Norazzullinawati binti Abdul Halim membuat aduan berkenaan menu makanan
di kantin tidak dipelbagaikan.
Jawapan Yang Dipertua PIBG
Pengerusi memaklumkan, kantin telah diuruskan oleh pengusaha yang baharu.
Pengerusi sendiri telah membuat tinjauan dan merasa makanan yang dijual.
Pelbagai variasi makanan dijual dengan kadar hidangan yang mengenyangkan.
Pengerusi menggalakkan ibu bapa untuk merasai sendiri menu yang disediakan.
Pengusaha kantin juga sangat terbuka untuk perbincangan.
8.2 Mejar (B) Syed Alwi meminta penjelasan berkenaan tiada pemberitahuan dibuat
berkenaan keuntungan koperasi sekolah dalam Mesyuarat Agung PIBG dan
mencadangkan agar PIBG membeli saham koperasi supaya keuntungan boleh
diguna semula.
Jawapan Mesyuarat
Setiap keuntungan dan dividen dibentang dalam Mesyuarat Agung Koperasi.
Undang-undang Kecil Koperasi tidak membenarkan pelabur dari persatuan untuk
membeli syer. Walau bagaimanapun, pengerusi bersetuju untuk mempertimbangkan
cadangan tersebut.
8.3 Mejar (B) Syed Alwi juga mencadangkan agar jumlah peruntukan untuk sambutan
Hari guru dinaikkan kepada RM1500 bagi menghargai jasa guru. Jumlah RM500
yang disumbangkan untuk sambutan Hari Guru 2018 sangat kecil berbanding jasa
dan pengorbanan guru.
44

