Page 45 - Majlis Hari Anugerah Cemerlang Akademik 1 & Mesyuarat Agung PIBG Kali ke15
P. 45

Jawapan Yang Dipertua PIBG

                   PIBG  tiada  halangan  untuk  memberi  sumbangan  kewangan  bagi  program  yang
                   melibatkan  guru-guru  termasuk  sambutan  Hari  Guru.  Bertepatan  dengan  hasrat
                   Menteri Pendidikan meletakkan guru sebagai ‘Adiwira’, pengerusi merancang untuk
                   melibatkan ibu bapa dalam  sambutan Hari Guru 2019.

               8.4 Encik Suliano bin Shaari menyokong cadangan melibatkan ibu bapa bersama-sama
                   meraikan  sambutan  hari  guru.  Beliau  menyarankan  supaya  sambutan  tahun  ini
                   diberi nafas  baru dengan nama  ‘Sambutan Hari Guru dan Apresiasi Ibu Bapa’.

                   Jawapan Yang Dipertua PIBG
                   Cadangan tersebut akan dipertimbangkan.

               8.5 Encik  Sim    bertanyakan  tentang  program  pencegahan  denggi  di  sekolah.  Beliau
                   menyuarakan kebimbangan ibu bapa berikutan peningkatan lapan kali ganda kes
                   demam denggi di Putrajaya dengan satu kematian berbanding tahun lepas.

                   Jawapan Yang Dipertua PIBG
                   Pengerusi mengucapkan terima kasih atas informasi yang diberi. Kawasan sekolah
                   sentiasa dipantau dan takungan air di belakang sekolah telah dijadikan kolam ikan.

            9. Ucapan Penangguhan

               9.1 Pengetua mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua AJK PIBG
                   dan ibu bapa yang sentiasa memberi kerjasama dalam program-program sekolah.

               9.2 Yang Dipertua PIBG juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa,
                     kerjasama Pentadbir dan JK Pengelola yang sangat komited melaksanakan tugas
                   untuk menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG kali ini.

               Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1:00 petang.

                  Disediakan oleh                                    Disemak oleh


                ………………………..                                              ……………………………
                 (ASMAHAN BINTI SAID)                                (KHARUL ANUAR BIN ARSIB)
                 Setiausaha Kehormat PIBG Sesi 2018/2019                YDP PIBG Sesi 2018/2019
                 SMK Putrajaya Presint 11(1)                         SMK Putrajaya Presint 11(1)
                 Tarikh : 18 Mac 2019                                Tarikh  : 19 Mac 2019

                                     Disahkan oleh


                                     ……………………………..
                                     (DATIN SITI NORBAYA BINTI MANSOR)
                                     Pengetua SMK Putrajaya Presint 11(1)
                                     Tarikh  : 22 Mac 2019





                                                           45
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50