Page 43 - Majlis Hari Anugerah Cemerlang Akademik 1 & Mesyuarat Agung PIBG Kali ke15
P. 43

7.5  Puan  Norazzullinawati  binti  Abdul  Halim  mencadangkan  pihak  sekolah  untuk
                  membuka lebih banyak tandas untuk memberi kemudahan kepada pelajar.

                  Jawapan Yang Dipertua PIBG

                  Pengerusi  sarankan  untuk  menubuhkan  kumpulan  sokongan  ibubapa  untuk
                  membantu kerja-kerja membaiki tandas. Pengerusi menggesa kerjasama ibu bapa
                  untuk  menasihati  anak-anak  supaya  sama-sama  menjaga  kebersihan  tandas  dan
                  bertanggungjawab  memastikan  kemudahan  yang  disediakan  terpelihara  dengan
                  baik.

                   Jawapan Pengetua

                  Walaupun sekolah mempunyai 130 unit kemudahan tandas tetapi  tidak semua unit
                  dapat dibuka sepenuhnya untuk kegunaan pelajar kerana faktor kerosakan, disiplin
                  dan  keselamatan.  Peruntukan  yang  diterima  pada  tahun  lepas  tidak  dapat
                  menampung kos penyelenggaraan. Kes salah laku  segelintir pelajar menyebabkan
                  kos  penyelenggaraan  meningkat.  Sebahagian  besar  peruntukan    terpaksa
                  dibelanjakan  untuk mengeluarkan sampah seperti botol air, tin aluminium, plastik
                  dan  pakaian  yang  menyebabkan  tandas  tersumbat.    Vandalisme  juga  berlaku
                  seperti  merosakkan  pintu  tandas,  membakar  dan  merosakkan  pili  walaupun  baru
                  dibaiki. Tandas yang tersorok, jauh dari laluan guru dan murid juga ditutup kerana
                  dibimbangi  berlakunya  ancaman  keselamatan  kerana  monyet  berkeliaran    dan
                  menjadi tempat  murid merokok.

                   Pengetua memohon persetujuan ibu bapa untuk meneruskan aktiviti membersihkan
                  tandas  pada  setiap  hari  Rabu  mengikut  giliran  untuk  melatih  murid
                  bertanggungjawab  dan  menghargai  kemudahan  yang  disediakan.  Sambutan
                  daripada pelajar terhadap program ini sangat menggalakkan.

                   Keputusan Mesyuarat

                   Cadangan      :      Mejar (B) Syed Alwi bin Syed Mansur
                   Sokongan      :      Sebulat suara

               7.6 Encik Abd Hadi bin Sharutin

                   Tingkatkan mutu pendidikan di sekolah

                   Jawapan Mesyuarat

                   Tidak dibahaskan. Pembawa usul tidak hadir

               7.7 Puan Khairun Nisa’ binti Minhad
                  Mencadangkan  agar  pihak  sekolah  mewar-warkan  nombor  akaun  PIBG  bagi
                  membolehkan  ibu bapa menyalurkan bantuan kewangan atau zakat untuk asnaf.
                  Menyediakan rak kasut di dewan sekolah.
                  Kemudahan  telefon awam di sekolah

                                                           43
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48