Page 14 - BUSKAB 2019 (SEPT-OKT 2019
P. 14

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)

                                      TIPS KESIHATAN



              5 Tip Penjagaan Jantung Untuk Elak Serangan Jantung


                                                  Dewasa  ini  terlalu  banyak  kes  melibatkan  serangan  jantung  yang
                                                  menyebabkan  kematian.  Jantung  adalah  organ  terpenting  yang
                                                  menghidupkan semua sistem biologi dalam tubuh.

                                                  Malah  organ  penting  ini  akan  terus  berdenyut  untuk  mengepam
                                                  darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh.

                                                  Namun disebabkan gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar
                                                  daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jatung.

                                                  Justeru,  untuk  menjamin  kesejahteraan  dan  kesihatan  tubuh  kita,
                                                  amat  wajar  sekali  perhatian  sejak  dari  awal  diberikan  kepada
                                                  jantung.

                                                  Serangan  sakit  jantung  biasanya  berlaku  secara  mengejut  dan
                                                  lambat     mendapatkan      rawatan    ia boleh    membawa
                                                  kepada kematian.

                                                  Oleh  itu,  kami  ingin  kongsikan  sedikit  tip  berguna  kepada
                                                  anda berhubung  cara  bagaimana  menjaga  jantung  kita  agar  ia
                                                  kekal sihat.


             1. Mengawal Berat Badan
             Kegemukan sering mendatangkan pelbagai risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing
             manis dan sebagainya.Paras lemak yang tinggi atau kalori menyebabkan penyempitan saluran darah yang
             menyebabkan serangan jantung.Oleh itu, jika anda mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup, berat

             badan  yang  berlebihan  hendaklah  dikurangkan  segera  bagi  mengelakkan  pelbagai  penyakit  kronik
             menyerang  seterusnya menyulitkan kehidupan harian anda.

             2. Menjaga Pemakanan

             Bagi  mereka  yang  ingin  mengurangkan  berat  badan,  sebaik-baiknya  elakkan  dari  mengambil makanan
             yang kaya dengan lemak seperti mentega, keju dan minyak .akanan yang mengandungi kolesterol seperti
             telur,  mentega,  hati  dan  seumpamanya  perlu dielakkan.Lebihkan  pengambilan  sayur-sayuran  dan  buah-
             buahan kerana makanan ini adalah sangat baik dijadikan suplemen dalam membekalkan pelbagai nutrisi
             dan kaya dengan serat.

             3. Berhenti Merokok
             Majoriti yang mendapat serangan sakit jantung adalah daripada kalangan perokok. Jika pernah mendapat
             serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan.

             4. Bersenam

             Aktiviti  senaman  dapat  membantu  jantung  mengepam  darah  dan  membawa  oksigen  ke  seluruh  tubuh
             dengan baik dan lancar. Bersenam secara teratur juga membantu menurunkan kadar tekanan darah.
             Sebarang senaman yang jika dilakukan secara teratur dapat mengurangkan risiko seseorang itu mendapat

             penyakit jantung atau penyakit berbahaya yang lain.

             5. Perubahan Gaya Hidup
             Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi atau tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan
                                                                aspek  pemakanan,  aktiviti  riadah,  tabiat  merokok,
             amalan  atau  cara  hidup  seseorang  yang merangkumi
             kerjaya  dan  tekanan  (stres).Jika  selama  ini  kita  mengamalkan  gaya  hidup  yang  tidak  sihat,  berubahlah
             segera. Sentiasa berfikiran positif akan menjadikan anda seorang yang cergas dan berfikiran matang dalam

             apa jua tindakan.


                                     KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA
   9   10   11   12   13   14   15   16