Page 10 - BUSKAB 2019 (SEPT-OKT 2019
P. 10
BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)
STREET MARKET (4 OKTOBER 2019)
KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MENGADAKAN PROGRAM STREET MARKET.
UPSI, Tanjong Malim – Pada 4 Oktober 2019 yang lalu, mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah mengadakan Program
Street Market bertempat di Pusat Aktiviti Pelajar KAB. Program Street Market ini dijalankan adalah bertujuan memberi
peluang kepada mahasiswa untuk menjalankan perniagaan mereka kerana program ini merupakan salah satu platform
yang disediakan kepada para usahawan muda di peringkat universiti untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Program Street Market ini diadakan secara berkala iaitu pada setiap hari Jumaat bermula 4 Oktober, 18 Oktober dan 15
November. Program Street Market ini juga menyelitkan beberapa aktiviti sampingan seperti Wayang Pacak dan Mini Funfair
yang bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk mengunjungi program Street Market ini sekali gus memberi
pendapatan kepada peniaga yang menyertai Street Market ini.
KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

