Page 11 - BUSKAB 2019 (SEPT-OKT 2019
P. 11

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)


                                FIRE DRILL (10 OKTOBER 2019)



                                                                    KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI PENDIDIKAN
                                                                    SULTAN   IDRIS   MENGADAKAN      PROGRAM
                                                                    DEMONSTRASI    LATIHAN   KECEMASAN    DAN
                                                                    KESELAMATAN KEBAKARAN 2019.

                                                                    UPSI,  Tanjung  Malim  –  Pada  10  Oktober  2019  yang
                                                                    lalu,  Majlis  Mahasiswa  Kolej  Aminuddin  Baki  (KAB)
                                                                    telah  mengadakan  Program  Demonstrasi  Latihan
                                                                    Kecemasan dan Keselamatan Kebakaran bertempat

                                                                    di  Gelanggang  Kolej  Aminuddin  Baki.  Program
                                                                    Demonstrasi  Latihan  Kecemasan  Dan  Keselamatan
                                                                    Kebakaran ini dijalankan adalah bertujuan memberi
                                                                    pendedahan   awal   kepada   penghuni   Kolej
                                                                    Aminuddin  Baki  tentang  persediaan  menghadapi
                                                                    sebarang  bentuk  bencana  atau  kecemasan  yang
                                                                    berlaku.  Di  samping  itu,  penghuni  diharapkan
                                                                    semakin  peka  dan  prihatin  terhadap  keadaan
                                                                    sekeliling.

                                                                    Program  Demonstrasi  Latihan  Kecemasan  Dan
                                                                    Keselamatan  Kebakaran  ini  diadakan  selama  1
                                                                    malam  yang  melibatkan  850  orang  penghuni,  29
                                                                    orang  Majlis  Mahasiswa  Kolej  Aminuddin  Baki,  9  org
                                                                    pegawai  bomba  Tanjung  Malim  dan  Barisan  Felo
                                                                    Kolej   Aminuddin   Baki.   Program   ini   telah

                                                                    melaksanakan   2    demonstrasi   kebakaran
                                                                    menggunakan tong gas dan tong besi separuh yang
                                                                    berisi air.

                                                                     Wakil  dari  Pihak  Bomba  Dan  Menyelamat  Tanjung
                                                                    Malim,  Tuan  Ibrahim  mengucapkan  tahniah  atas
                                                                    kerjasama yang baik dari penghuni Kolej Aminuddin
                                                                    Baki yang turut sama menjayakan program ini. Beliau
                                                                    berkata  demonstrasi  ini  sangat  penting  kepada

                                                                    warga   Kolej   Aminuddin   Baki   kerana   dapat
                                                                    mempersiapkan   diri   dengan   kebakaran   atau
                                                                    kecemasan yang berlaku tidak kira dimana juga.


                                                                    Program ini  memberikan impak  yang positif kepada
                                                                    semua  warga  Kolej  Aminuddin  Baki  khususnya
                                                                    penghuni Blok Bravo, Charlie, Delta dan Echo. Hal ini

                                                                    demikian  kerana,  mereka  telah  diajar  dengan
                                                                    kemahiran  dalam  mengendalikan  alat  pemadam
                                                                    api  dan  mempunyai  refleksi  diri  yang  baik  semasa
                                                                    berlaku  kecemasan.  Setelah  program  ini  tamat,
                                                                    penghuni  kolej  boleh  mengambil  iktibar  dan
                                                                    mengaplikasikan  demonstrasi  latihan  kecemasan
                                                                    yang telah dilakukan.








                                     KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16