Page 9 - BUSKAB 2019 (SEPT-OKT 2019
P. 9

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)


                     LAILATUL BARAKAH (3 OKTOBER 2019)


             KOLEJ   AMINUDDIN     BAKI,   UNIVERSITI

             PENDIDIKAN  SULTAN  IDRIS  MENGADAKAN
             PROGRAM  LAILATUL  BARAKAH  -  1  2019  DI

             BAWAH  ANJURAN  EXCO  LATIHAN  DAN
             PEMBANGUNAN SAHSIAH.

             UPSI, Tanjong Malim – Pada 3 Oktober 2019,
             mahasiswa  Kolej  Aminuddin  Baki  (KAB)
             telah   mengadakan    Program   Lailatul

             Barakah    bagi  semua  penghuni  KAB  serta
             mahasiswa  dan  mahasiswi  UPSI  amnya
             bertempat di Surau Al – Falah, KAB. Antara

             pengisian  program  yang  dijalankan  ialah

             solat  Maghrib  dan  solat  Isya’  berjemaah,
             tazkirah  maghrib  dan  bacaan  yaasin
             bersama-sama.

             Solat jemaah ini dijalankan bertujuan untuk
             mengeratkan     kasih   sayang     dan
             persaudaraan  antara  umat  Islam.  Di
             samping  itu,  dapat  menambah  amalan
             kebaikan dengan mendapat pahala 27 kali
             ganda. Solat juga membentuk akhlak mulia
             dan mengajar umat berdisiplin. Seterusnya,
             mahasiswa/i  dapat  mengisi  masa  lapang
             serta menambah  ilmu pengetahuan yang
             pelbagai dengan mendengar tazkirah.

             “Setiap   surah   di   dalam   Al-Quran
             mempunyai    fadhilat   yang   tersendiri
             sebagai  contoh  membaca  Surah  Al-Ikhlas
             sebanyak  3  kali  seolah-olah  membaca
             keseluruhan  Al-Quran.  Begitu  juga  Surah
             Yaasin  yang  juga  mempunyai  keberkatan
             dan  kebaikan  dan  selalu  diamalkan  oleh
             umat   Islam   terutama   pada   malam
             Jumaat,.   Sesungguhnya   bagi   setiap
             perkara   ada   jantungnya   sedangkan
             jantung   Al-Quran    adalah    Yaasin”
             merupakan    kandungan  tazkirah  yang
             disampaikan  oleh  penceramah  pada
             malam tersebut.

             Semoga    setiap   umat   Islam   sentiasa

             istiqamah dalam melakukan kebaikan dan
             diberi   kekuatan   untuk    mencegah

             kemungkaran.     “Bacalah      Al-Quran
             sesungguhnya  ia  akan  datang  di  hari

             khiamat    sebagai   syafaat   kepada
             pembacanya”. (HR Muslim).


                                     KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14