Page 83 - buku pengurusan smkj21
P. 83

Tugas dan Tanggungjawab:
                       (A1) ASPEK PENGURUSAN
                       1.  Menubuhkan jawatankuasa penjaminan kualiti PBS yang melibatkan aktiviti pementoran,
                           pemantauan, pengesanan dan penyelarasan.
                       2.  Memastikan semua murid memiliki pelaporan akhir PBS.
                       3.  Memastikan pentaksiran dijalankan sepanjang pengajaran dan pembelajaran.
                       4.  Menyediakan dan memantau perjalanan pentaksiran dan pelaporan dua (2) kali setahun.
                       5.  Memastikan penyelarasan skor di peringkat sekolah dilaksanakan.
                       6.  Memastikan pentaksir memaklumkan skor kepada murid dan ibu bapa/penjaga yang ditaksir
                           dan murid menandatangani borang skor individu bagi setiap pentaksiran.
                       7.  Memastikan  pentaksir  melaporkan  tahap  penguasaan  murid  dalam  PBD  menggunakan
                           templat pelaporan secara luar talian yang digunakan mengikut tahun semasa di peringkat
                           sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.
                       8.  Menyediakan fail pengurusan PBS.
                       9.  Menyediakan laporan pencerapan dan pemantauan.
                       10. Menyediakan analisis pentaksiran keseluruhan.


                       (A2) ASPEK PENJAMINAN KUALITI PBS
                          1. PEMENTORAN
                           a. Memberikan  pengetahuan,  kefahaman  dan  kemahiran  mengenai  prosedur  dan  garis
                              panduan kepada guru.
                           b. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru.
                           c. Membimbing dan membantu guru menyelesaikan masalah.
                           d. Meningkatkan profesionalisme dan kualiti kerja guru.

                           2. PEMANTAUAN
                           a. Memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan.
                           b. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS.
                           c. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.
                           d. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran dalam pelaksanaan PBS.
                           e. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

                           3. PENGESANAN
                           a. Memastikan instrumen pentaksiran menepati dokumen kurikulum.
                           b. Memastikan item yang dibina sesuai dengan konstruk yang diukur.
                           c. Memastikan item yang dibina menepati prinsip pembinaan item.
                           d. Memastikan item yang dibina sesuai dengan tahap penguasaan murid.
                           e. Memastikan item menggunakan laras bahasa yang sesuai.
                           f. Memastikan masa yang diperuntukkan mencukupi.
                           g. Memastikan kebolehtadbiran dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.
                           h. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.


                           4. PENYELARASAN
                           a. Menyelaraskan pengetahuan dan kefahaman guru terhadap panduan penskoran.
                           b. Memastikan guru memeriksa hasil kerja murid berdasarkan panduan penskoran.
                           c. Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan sebenar murid.
                           d. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor.
                           e. Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.




                                                                                                           76
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88