Page 84 - buku pengurusan smkj21
P. 84

4.2  JAWATANKUASA KECIL PENTAKSIRAN PUSAT


                       Pengerusi                   : Subri Bin Ismail (Pengetua)
                       Timbalan Pengerusi          : Zairol Azim Bin Ibrahim (GPK Pentadbiran)
                       Setiausaha SPM              : Muhamad Aslan Bin Yusoh
                          Pen. Setiausaha SPM      : Nur Ain Fatihah Binti Abd Aziz
                       Setiausaha PT3              : Kamarul Anuar Bin Duli
                       Ahli Jawatankuasa           : Guru Kanan Bidang
                                                   : Ketua Panitia Matapelajaran


                       Tugas dan Tanggungjawab:
                       1.  JK  hendaklah  memastikan  infrastruktur  dan  kelengkapan  fizikal  bagi  pelaksanaan  mata
                           pelajaran dengan komponen pentaksiran pusat telah dilengkapkan sebelum menawarkan
                           mata pelajaran berkenaan.
                       2.  Pihak sekolah hendaklah mengendalikan pentaksiran pusat bagi calon sekolah.
                       3.  Calon yang memerlukan pengecualian pentaksiran pusat hendaklah memohon kepada pihak
                           sekolah pada tahun peperiksaan dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti laporan
                           perubatan tahun semasa atau kad OKU.
                       4.  Pihak  sekolah  hendaklah  mengemukakan  permohonan  pengecualian  pentaksiran  pusat
                           kepada Pengarah Pendidikan, JPN.
                       5.  Pihak  sekolah  dan  JPN  hendaklah  menghantar  skor  Pentaksiran  Pusat  ke  Lembaga
                           Peperiksaan (LP) mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Skor Pentaksiran Pusat yang dihantar
                           selepas keputusan peperiksaan diumumkan tidak akan diproses.
                       6.  Permohonan  Pembetulan  Maklumat Calon  (PMC)  bagi skor Pentaksiran Pusat  yang  telah
                           dihantar ke LP dikenakan bayaran mengikut kadar yang sedang berkuat kuasa.
                       7.  Tempoh  penyimpanan  dokumen  skor  dan  bahan  bukti  ialah  enam  bulan  selepas  tarikh
                           pengumuman keputusan peperiksaan. Dalam tempoh tersebut, calon boleh mendapatkan
                           bahan  bukti  daripada  pihak  sekolah  untuk  tujuan  rasmi  dan  mengembalikannya  setelah
                           selesai digunakan.
                       8.  Selepas tempoh penyimpanan tamat, pihak sekolah boleh menyerahkan bahan bukti kepada
                           calon yang memerlukannya.
                       9.  PGB  hendaklah  melupuskan  bahan  bukti  yang  tidak  dituntut  oleh  calon  selepas  30  hari
                           tempoh penyimpanan tamat.
                       10. Bagi calon pindah pusat, sekolah asal hendaklah menyerahkan dokumen skor dan bahan bukti
                           mudah alih calon kepada sekolah baharu. Sekolah baharu hendaklah menghantar skor calon
                           kepada LP.
                       11. Bagi calon menumpang, sekolah asal hendaklah menghantar skor calon kepada LP.
                       12. Pihak sekolah/JPN hendaklah mengeluarkan pelaporan pencapaian calon selewat-lewatnya
                           pada tarikh pengumuman keputusan.


















                                                                                                           77
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89