Page 86 - buku pengurusan smkj21
P. 86
2. Menyimpan segala rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat.
3. Menyelaraskan perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan.
4. Mempamer data dan maklumat di Sudut NILAM yang wujud di sekolah.
5. Mengumpulkan maklumat kertas kerja, laporan dan bahan serta menyerahkannya kepada
pihak pentadbir.
6. Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada
Penyelaras Program dan salinan kepada pengerusi.
7. Menyemak dan mengesahan rekod bacaan NILAM.
8. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh
PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.
GURU BAHAN BANTU MENGAJAR
1. Mencatatkan semua bekalan alat perkakasan (hardware) dan bahan-bahan perisian
(software) yang dibeli atau diterima ke dalam buku stok alat bantu mengajar.
2. Mengelaskan dan mengkatalogkan semua bahan perisian yang dibeli atau diterima.
3. Menyediakan dan mengedarkan katalog alat bantu mengajar dari semasa ke semasa untuk
pengetahuan guru-guru dan murid-murid yang memerlukan.
4. Mengadakan sesi perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan praktikal serta
untuk menggalakkan penggunaan media pengajaran pembelajaran yang bersesuaian oleh
guru-guru dan murid-murid.
5. Menasihati dan membimbing guru-guru serta murid-murid tentang kaedah memilih jenis-
jenis media yang bersesuaian, praktikal dan berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran.
6. Mewujudkan budaya pinjaman dan penggunaan alat dan bahan bantu mengajar yang
sistematik dan berkesan khususnya bagi keperluan pengajaran guru-guru.
7. Mengadakan promosi bagi menggalakkan penggunaan ABM dari semasa ke semasa untuk
makluman guru dan murid.
8. Melaporkan sebarang kerosakan alat-alat perkakasan atau perisian kepada Penyelaras PSS
supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian dan pembaikan.
9. Menentukan bahawa semua peralatan bantu mengajar agar sentiasa dalam keadaan baik
untuk digunakan.
10. Menyediakan buku-buku rekod yang perlu untuk memudahkan penyemakan oleh pihak
pengurusan ataupun bagi tujuan semakan oleh pegawai-pegawai pendidikan yang
memerlukannya.
11. Menentukan supaya Buku Rekod Penggunaan disediakan untuk kemudahan para pengguna
membuat catatan penggunaan yang perlu.
12. Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang
berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
13. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh
PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.
GURU ALAT PANDANG DENGAR & ICT (UNIT TEKNOLOGI)
1. Menggalakkan pembudayaan penggunaan media teknologi pendidikan terutamanya alat dan
bahan tayangan, rakaman serta penggunaan nota-nota yang bersesuaian untuk digunakan.
2. Membina koleksi pita-pita video dan audio atau sumber-sumber teknologi pendidikan yang
bersesuaian untuk kegunaan guru dan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Berusaha mengambil tindak ikut untuk mempertingkatkan penggunaan APD.
4. Menyediakan jadual penggunaan, statistik ataupun mempamerkan bahan- bahan yang
bersesuaian bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan yang disediakan.
79

