Page 85 - buku pengurusan smkj21
P. 85
5.0 JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pengerusi : Subri Bin Ismail (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Zairol Azim Bin Ibrahim (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Mohd Karim Bin Ismail (GPK HEM)
Naib Pengerusi : Abu Bakar Bin Mohd Husain (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Hairizah Binti Ibrahim (Guru Perpustakaan & Media)
Ahli Jawatankuasa : Guru Kanan Bidang
Noorazlina Binti Md Zahari (Bimbingan dan Kaunseling)
Azman Bin Abd. Kadir (APD & ICT)
Nor Suhana Binti Mohd Fuzei (NILAM)
Nurul Syazwanni Binti Che Wan (BBM)
Tugas dan Tanggungjawab:
GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA
1. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan penggunaan perpustakaan.
2. Melatih dan menyelia petugas-petugas perpustakaan untuk membantu pengurusan
perpustakaan.
3. Memastikan bahawa perpustakaan diurus dengan teraturnya dan bersistematik.
4. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perpustakaan.
5. Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan.
6. Menyimpan rekod-rekod yang berkaitan dengan pengurusan perpustakaan yang bersistem.
7. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru-guru dan murid- murid yang
memerlukan.
8. Memperoleh dan menyemak alat-alat perolehan (bibliografi, katalog penerbit, senarai tajuk
dan lain-lain) untuk memilih mengetahui jenis-jenis dan tajuk-tajuk buku yang perlu dibeli
untuk menambahkan koleksi di perpustakaan.
9. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun.
10. Mengelas dan mengkatalog bahan-bahan dari koleksi.
11. Menyediakan katalog yang dikemas kini untuk kemudahan rujukan guru-guru dan murid-
murid yang memerlukan.
12. Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan yang praktikal dan berkesan.
13. Melantik pengawas PSS dan mengadakan program-program latihan yang bersesuaian dengan
keperluan.
14. Membantu mengurus semua program media PSS yang berkaitan dengan perkhidmatan
perpustakaan.
15. Membantu murid-murid untuk memilih buku-buku dan bahan yang bersesuaian untuk
bacaan dan rujukan.
16. Mengadakan sesi tunjuk ajar kepada murid-murid tentang cara-cara memaksimumkan
penggunaan perpustakaan demi peningkatan akademik.
17. Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang
berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
18. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh
PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.
GURU NILAM
1. Membantu GPM merancang dan melaksanakan aktiviti program NILAM peringkat sekolah.
78

