Page 118 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 118

Menulis

                    Jelaskan frasa nama yang berhuruf tebal.



                                                    Bercuti di Kudat

                    “Cuti sekolah akan datang, bolehlah kita ke rumah nenek Samson di Kudat.
                    Saya teringin hendak mengetahui kebudayaan masyarakat Rungus di sana,”
                    kata Hana bersungguh-sungguh.
                      “Betul, Hana. Cikgu Najah pernah menceritakan keunikan masyarakat Rungus                6
                    di sana. “Pesta Magahau masyarakat Rungus akan diadakan pada bulan Julai,”
                    tambah Fatin.
                      “Tentu Samson gembira jika kita berkunjung ke kampung tanah kelahirannya
                    itu,” kata Hana.
                      “Saya hendak membelikan barangan kraf tangan masyarakat Rungus
                    sebagai cenderamata untuk Cikgu Najah,” sahut Fatin.



                     1.  Pada cuti sekolah akan datang, Hana akan pergi ke ____________.



                     2. Hana ingin ____________ kebudayaan masyarakat Rungus di sana.




                     3. Cikgu Najah pernah bercerita tentang keunikan ____________
                       di daerah Kudat.


                     4. Pesta Magahau akan diadakan pada ____________.




                     5. Hana hendak berkunjung ke ____________ nenek Samson.



                     6. Fatin hendak membelikan ____________ untuk Cikgu Najah sebagai
                       ____________.









                    Namakan etnik lain yang terdapat di Sabah.


                       3.4.2                                                                                 111
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123