Page 120 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 120
B Baca kemudian fahami petikan di bawah.
Sabah Negeri di Bawah Bayu
Negeri Sabah merupakan sebuah negeri di Kepulauan Borneo. Dengan keluasan
hampir 72,500 kilometer persegi, Sabah dibahagikan kepada lima bahagian
pentadbiran. Terdapat 25 buah daerah di negeri Sabah.
Tahukah anda jumlah etnik yang terdapat di Sabah? Ya, Sabah mempunyai
lebih kurang 33 etnik. Walaupun terdapat lebih 50 bahasa dan 80 dialek yang
berbeza, namun mereka hidup dengan penuh harmoni di negeri ini. Hal ini 6
disebabkan oleh penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas di negeri ini.
Etnik Kadazandusun merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sabah
dengan 27 suku kaum kecil di dalamnya. Etnik ini membentuk hampir 30%
daripada keseluruhan jumlah penduduk Sabah. Selain Kadazandusun, etnik
yang tidak kurang besar jumlahnya di Sabah ialah Bajau dan Murut. Oleh itu,
tidak hairanlah jika penduduk Sabah memiliki pelbagai bahasa, dialek dan adat
resam yang berbeza.
Yang menariknya di negeri ini ialah Gunung Kinabalu. Dengan ketinggian
puncaknya mencecah 4,095 meter, Gunung Kinabalu menjadi gunung
tertinggi di Asia Tenggara. Oleh itu, negeri Sabah juga dikenali sebagai Negeri
di Bawah Bayu.
(Diubah suai daripada www.sabah.edu.my/kds/Laman%20Utama.htm)
Berdasarkan petikan, ceritakan maklumat di bawah.
bahasa dan
dialek
Gunung
etnik pentadbiran
Kinabalu
keluasan
Sabah
113

