Page 122 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 122
LAGU-LAGU RAKYAT
Mendengar dan Bertutur
Dengarkan ucapan yang dibacakan dengan teliti.
Terima Kasih Semua
6
Chin Fei telah menyertai pertandingan nyanyian lagu rakyat bersempena
dengan sambutan Hari Kemerdekaan di sekolahnya. Dia berjaya menjadi johan
dan diminta untuk memberikan ucapan ringkas.
Guru-guru dan rakan semua,
Saya amat bersyukur kerana dipilih sebagai johan dalam Pertandingan Lagu Rakyat
pada hari ini. Saya berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya, Cikgu Najah dan
rakan-rakan yang telah membimbing dan menyokong saya selama ini.
Sebagai anak watan Malaysia, kita seharusnya berasa bangga kerana memiliki pelbagai
bentuk kesenian yang bernilai tinggi. Saya sedar bahawa dengan menghayati lagu-lagu
rakyat, jati diri kita semakin kuat. Kita akan kenal budi, jiwa dan nilai seni masyarakat lama.
Rakan-rakan semua,
Melalui lagu, kita mampu membentuk jiwa, memupuk nilai murni dan membangkitkan
semangat cinta akan negara. Saya yakin dan percaya bahawa melalui pertandingan
seperti ini, semangat patriotik akan terus membara dalam jiwa kita.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan
Indah Jaya.
Jika anda pemenang dalam pertandingan di atas, berikan ucapan anda sendiri.
1.4.2 115

