Page 126 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 126

B Lengkapkan petikan di bawah dengan frasa yang sesuai.



                        bersyukur            sebuah lagu           dipopularkan             tanah air


                            perasaan cinta         wajar       enak didengar         keindahan


                                           Keindahan Tanah Air dalam Lagu
                                                  Oleh: Ku Seman Ku Hussain

                    Lagu  Tanah Pusaka ciptaan Ahmad Merican dan liriknya ditulis oleh Dol                    6
                    Ramli menggambarkan kecintaan kepada ____________ ini. Sehingga kini,
                    lagu  Tanah Pusaka bukan hanya ____________ tetapi lirik dan melodinya
                    membuatkan kita rasa ____________ menjadi warga tanah air ini.
                      Kandungan lirik lagu ini menceritakan ____________ tanah air. Daripada
                    keindahan alam,  lahir rasa bangga dan cinta akan tanah air ini. Begitu juga
                    dengan lagu 31 Ogos ciptaan dan nyanyian Ahmad CB yang dikategorikan
                    sebagai  ____________  patriotik.  Susunan  liriknya  menggambarkan  saat
                    negara mencapai kemerdekaan.
                      Tanpa mengetepikan lagu-lagu pop semasa, lagu yang membawa
                    semangat patriotik wajar diberikan laluan. Tujuannya agar dapat melahirkan
                    ____________ dan penghayatan yang mendalam terhadap negara.
                      Sebenarnya tidak ada sebab lagu bertemakan patriotik tidak boleh
                    ____________. Kalau lagu-lagu rakyat dan lagu tradisional boleh berada
                    dalam arus perdana muzik tempatan, lagu patriotik juga ada peluang yang
                    sama. Hal yang sama juga ____________ dilakukan pada lagu-lagu yang
                    bertemakan patriotik supaya lagu itu menjadi lagu kegemaran generasi
                    masa kini.
                                                   (Diubah suai daripada Utusan Melayu (M) Bhd., 16 Mei 2011)
























                                                                                                            119
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131