Page 128 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 128

A Sebut frasa nama atau frasa kerja dalam setiap ayat di bawah.



                    1.  Penduduk Taman Indah Jaya sedang membersihkan sungai.


                    2.  Kita perlu menghiasi kawasan sungai dengan pokok-pokok bunga agar
                        kelihatan cantik.
                                                                                                              6
                    3.  Para pelancong berasa seronok menikmati pemandangan di sepanjang
                        Sungai Melaka.


                    4.  Kakak berasa kagum melihat semangat patriotik yang ditunjukkan oleh
                        murid-murid prasekolah itu.


                    5.  Cikgu Shanti berkata, “Kamu mesti mengibarkan Jalur Gemilang
                        di sepanjang laluan kaki lima sekolah pada sambutan Hari Kebangsaan.”


                    6.  Stadium Negara bergema dengan sorakan dan laungan merdeka.


                    7.  Mereka bermain-main di halaman rumah nenek setiap petang.


                    8.  Kami duduk berehat di tebing sungai itu sambil berbual-bual tentang
                        masa silam.


                    9.  Pelbagai aktiviti kebudayaan telah diadakan sepanjang Pesta Magahau.

                    10.  Cikgu Najah berasa gembira apabila dihadiahkan barangan kraf tangan
                        dari Sabah.


                    11.  Etnik Kadazandusun merupakan etnik yang terbesar di Sabah.


                    12.  Kita perlu berasa bangga kerana memiliki pelbagai kesenian bernilai tinggi.














                                                                                                            121
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133