Page 131 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 131
DESTINASI IMPIAN
Mendengar dan Bertutur
Dengar dan lakonkan perbualan di bawah.
7 Bercuti ke Pulau Sibu, Johor
Morgan sekeluarga ke Pulau Sibu pada cuti persekolahan yang lalu. Setibanya
di jeti, Morgan tidak sabar-sabar lagi untuk menaiki bot.
Encik Manu: Sabar, Morgan. Kita perlu membeli tiket terlebih dahulu sebelum
menaiki bot.
Morgan: Pukul berapa kita akan bertolak ke Pulau Sibu, ayah? Biar saya
belikan tiket.
Encik Manu: Belum tahu lagi. Morgan, tolong ayah belikan tiket. Beratur semasa
membeli tiket nanti. Hormati orang lain dan jaga tingkah laku.
Puan
Letchumy: Morgan, belikan air mineral selepas membeli tiket itu nanti.
Morgan: Baiklah, ibu. Ayah, tolong perhatikan beg saya. Saya letakkan beg
di sini dulu.
Encik Manu: Baiklah. Hati-hati dengan orang yang tidak dikenali. Terus beratur
di hadapan kaunter tiket di sana. Nah, ini wang untuk beli tiket!
Morgan: Baik, ayah. (Sambil menghulurkan tangan).
Puan
Letchumy: Baca betul-betul jadual waktu perjalanan dan nama bot yang
dicetak pada tiket itu nanti.
Encik Manu: Betul, Morgan. Kalau boleh, beli tiket perjalanan yang awal.
Morgan: Baiklah, ayah, ibu. (Sambil berjalan menuju ke kaunter tiket).
Ajuk ayat arahan yang terdapat dalam dialog. IMBAS SAYA
124 1.1.1

