Page 132 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 132

Membaca

                    Baca kemudian fahami perkataan yang berhuruf tebal.



                                              Gamitan Pulau Perhentian



                     Pulau Perhentian terletak kira-kira 21 kilometer dari Kuala Besut, Terengganu.
                     Pulau ini menjadi antara destinasi pelancongan yang menarik di negara
                     kita. Pulau ini terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan pelbagai             7
                     hidupan laut yang mempesona.





                     Di pulau ini, terdapat sebuah taman
                     laut yang luas. Para pelancong boleh
                     melakukan  aktiviti  menyelam  dasar
                     laut di taman laut ini. Pengunjung pasti
                     akan terpukau dengan keindahan dasar
                     lautnya. Pelbagai jenis terumbu karang
                     yang cantik boleh ditemukan di sini.








                                                            Selain itu, hutan tropika di pulau ini turut
                                                            menjadi tarikan para pengunjung. Mereka
                                                            pasti akan terpesona dengan keindahan
                                                            alam ciptaan Tuhan di sini. Kehijauan
                                                            hutannya pasti akan memberikan
                                                            kepuasan kepada para pengunjung
                                                            yang melakukan aktiviti kembara.












                    Berpandukan maklumat di atas, terangkan keunikan Pulau Perhentian
                    dengan menggunakan ayat sendiri.                                               IMBAS SAYA


                       2.1.1                                                                                125
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137