Page 137 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 137

Membaca

                  Baca kemudian fahami jadual lawatan berikut.


                                        Melaka Bandar Raya Bersejarah


                  Sebelum tamat taklimat lawatan ke Melaka, Cikgu Dali telah memberikan jadual
                  lawatan kepada murid-muridnya.

           7           Hari Pertama


                          Masa                                      Aktiviti
                   7:00 pagi           Peserta rombongan berkumpul di dewan sekolah.
                   7:15 pagi           Taklimat ringkas disampaikan oleh guru pengiring.
                   7:30 pagi           Bas bergerak ke Melaka.
                   10:00 pagi          Bas dijangka tiba di Banda Hilir, Melaka. Lawatan ke Kota A’Famosa,
                                       The Stadthuys dan Bukit St. Paul.
                   12:30 tengah hari   Makan tengah hari di Dataran Pahlawan.
                   2:00 petang         Lawatan ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.
                   5:00 petang         Solat Asar dan Zuhur di Masjid Kampung Hulu, Banda Hilir.
                   6:00 petang         Daftar masuk ke bilik penginapan.
                   8:00 malam          Menonton persembahan Kebudayaan di Kampung Portugis.




                        Hari Kedua
                          Masa                                      Aktiviti

                   8:30 pagi           Mengunjungi Istana Kesultanan Melaka, Kota Pahlawan, Kota
                                       Belanda dan menaiki Menara Taming Sari.
                   12:00 tengah hari   Melawat Perigi Hang Tuah.
                   1:30 tengah hari    Makan tengah hari di Alor Gajah.
                   2:30 petang         Solat Zuhur dan Asar di Masjid Simpang Ampat, Alor Gajah.
                   3:30 petang         Melawat Makam Dol Said di Simpang Ampat, Alor Gajah.

                   5:00 petang         Bergerak pulang.
                   7:30 malam          Bas dijangka tiba di pekarangan sekolah.








                  Nyatakan tempat-tempat yang akan dilawati.


            130       2.1.2
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142