Page 136 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 136
TEMPAT BERSEJARAH
Mendengar dan Bertutur
Lakonkan perbualan berikut.
Persediaan Lawatan
7
Izalia: Kamu dari mana, Morgan?
Morgan: Saya dari bank.
Izalia: Kamu pergi dengan siapa?
Morgan: Saya pergi dengan ibu saya.
Izalia: Kamu menyimpan wangkah?
Morgan: Tidak. Saya keluarkan wang untuk bayaran lawatan ke Melaka.
Izalia: Kamu gunakan kad bank atau keluarkan wang di kaunter?
Morgan: Saya keluarkan wang di kaunter. Jadi, saya perlu isi borang dan
menunjukkan buku simpanan kepada kerani bank.
Izalia: Lamakah isi borang itu?
Morgan: Tidak. Maklumat yang diperlukan sedikit sahaja. Awak tidak pernah
keluarkan wang di kaunter?
Izalia: Tidak pernah. Ada salinan borang itu?
Morgan: Ada. (Morgan menunjukkan salinan borang pengeluaran kepada
Izalia).
Izalia: Tentu tidak banyak pelanggan di kaunter.
Morgan: Ya. Selalunya pelanggan menggunakan kad untuk mengeluarkan
wang mereka.
Izalia: Dengan kad, kita tidak perlu mengisi borang.
Morgan: Betul.
Ceritakan pengalaman anda semasa mengeluarkan wang di bank.
1.1.2 129

