Page 140 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 140

B Secara berkumpulan, ringkaskan maklumat di bawah dengan menggunakan
                        bahan grafik.


                            Laporan Lawatan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah





                        Pada hujung minggu yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah
                        Menengah Kebangsaan Indah Jaya telah mengadakan lawatan sambil
                        belajar ke  Melaka Bandar Raya  Bersejarah.  Seramai 40 orang murid                   7
                        dan empat orang guru turut serta dalam lawatan itu. Sebelum bertolak,
                        Cikgu Dali telah memberikan taklimat ringkas berkaitan dengan lawatan
                        dan disiplin yang perlu dipatuhi.
                          Bas mula bertolak pada pukul 8:30 pagi dan tiba di Banda Hilir dua
                        jam selepas itu. Tempat pertama yang dikunjungi ialah Kota A’Famosa
                        dan Bukit St. Paul. Banyak kesan sejarah dapat dilihat di sana hasil
                        peninggalan penjajah. Selepas itu, peserta rombongan dibawa melawat
                        sekitar bangunan The Stadthuys, iaitu bangunan berwarna merah
                        peninggalan penjajah Belanda.
                          Selepas solat Zuhur di Masjid al-Azim, peserta rombongan dibawa ke
                        Taman Rempah Ratus di Jalan Syahbandar. Di sana, peserta berpeluang
                        untuk menaiki bot Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka. Mereka
                        berpeluang  membeli  cenderamata semasa  berjalan-jalan di  Dataran
                        Pahlawan sebelum bertolak pulang pada pukul 6:30 petang.
                          Bas selamat tiba di pekarangan sekolah pada pukul 9:00 malam.

                        Dilaporkan oleh,                                      Tarikh: 19 April 20
                        Fatin

                        (FATIN BINTI AHMAD)
                        Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
                        Sekolah Menengah Kebangsaan Indah Jaya.


















                                                                                                            133
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145