Page 144 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 144
Menulis
Lengkapkan ayat di bawah.
Sejarah Muar
Bandar Maharani atau Muar telah dibuka
oleh Muhammad Salleh bin Perang,
iaitu Datuk Bentara Luar pada tahun
1885. Bandar ini telah dirasmikan oleh 7
Almarhum Maharaja Abu Bakar pada 12
Ogos 1887. Bandar Muar diberikan nama
Bandar Maharani yang bermaksud
Bandar Isteri Maharaja.
Sempena sambutan 125 tahun Bandar
Maharani, Muar telah diisytiharkan
sebagai Bandar Diraja Negeri Johor
Darul Takzim pada 5 Februari 2012, bersamaan 12 Rabiulawal 1433 Hijrah oleh
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim.
Muar pernah menjadi sebuah kerajaan merdeka dan berdaulat yang
diperintah oleh Sultan Ali (1855 – 1877). Semasa pemerintahan Maharaja
Sultan Abu Bakar, Muar diberikan taraf sebagai sebuah negeri dan Bandar
Maharani merupakan ibu negerinya. Dari segi pentadbiran pula, bandar Muar
dibahagikan kepada 18 mukim. Kini, Muar menjadi daerah kedua penting
selepas Johor Bahru.
(Diubah suai daripada www.mpmuar.gov.my)
1. Muar telah dibuka oleh _____________________________ .
2. Muar menjadi _____________________ penting selepas Johor Bahru.
3. Terdapat ______________ di bawah pentadbiran bandar Muar.
4. Muar pernah menjadi sebuah kerajaan ________________ dan
_______________.
5. Bandar Muar diberi nama _____________________ yang bermaksud
Bandar Isteri Maharaja.
Tulis sejarah ringkas daerah tempat tinggal anda.
3.2.1 137

