Page 148 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 148
A Bina soalan berdasarkan jawapan yang diberikan.
Sejarah Negeri Johor
Encik Shafie: Selamat datang ke Pameran Sejarah Negeri Johor. Saya sedia
membantu anda.
7
Samson: Terima kasih. Betulkah _______________________________?
Encik Shafie: Ya, Sultan Alaudin telah membuka kerajaan Johor.
Jane: Bukankah Sultan Alaudin berasal dari Melaka?
Bilakah baginda _______________________________?
Encik Shafie: Benar, baginda memang berasal dari Melaka. Baginda telah
membuka negeri Johor selepas Melaka ditawan oleh Portugis
pada tahun 1511.
Morgan: Oh, begitu! Bilakah negeri Johor ___________________________?
Encik Shafie: Negeri Johor telah berkembang sebagai sebuah negeri yang
moden pada awal abad ke-16 lagi, iaitu semenjak pemerintahan
Sultan Abu Bakar.
Samson: ____________________________________ yang digunakan oleh
baginda ketika itu?
Encik Shafie: Baginda menggunakan gelaran Seri Maharaja Johor.
Jane: Di manakah _______________________________?
Encik Shafie: Dahulu, pusat pemerintahan negeri Johor terletak di Teluk Belanga.
Namun begitu, baginda telah memindahkannya ke Tanjung Puteri,
iaitu nama asal Johor Bahru.
Morgan: Oh, begitu! Mengapakah _______________________________?
Encik Shafie: Baginda memindahkan pusat pentadbiran demi pembangunan
negeri Johor. Oleh sebab itu, banyak bangunan pentadbiran
seperti mahkamah, balai polis dan istana di Bukit Serene juga
dibina di Johor Bahru pada tahun 1937.
141

