Page 147 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 147

C Lengkapkan perenggan di bawah dengan perkataan yang sesuai.



                         Bandar Diraja                   gambir                      pelancong

                            berucap                 menghubungkan                       maju






           7




















                                Menteri Besar: Pengisytiharan Bandar Maharani
                                             Bandar Diraja amat Wajar


                  MUAR, 24 November 2012 – Pengisytiharan Bandar Maharani sebagai
                  ____________ adalah amat wajar selaras dengan sejarah Muar yang unik.
                  Demikian  kata  Menteri  Besar  Johor  sewaktu  ____________  dalam  majlis
                  pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja kelmarin.
                    “Suatu ketika dahulu, Muar mempunyai jalan kereta api yang ____________
                  bandar ini dengan Parit Jawa,” kata beliau.
                    “Muar telah pun berkembang _______________ dalam bidang pertanian.
                  Penanaman ____________ dan lada hitam pernah menjadi sumber ekonomi
                  bagi daerah ini, yang merupakan bandar kedua terpenting di negeri Johor Darul
                  Takzim,” tambah beliau lagi.
                    Bandar Maharani sangat bertuah kerana bandarnya dibina di muara Sungai
                  Muar sejak 125 tahun lalu. Bandar ini turut memiliki persekitaran yang tenang
                  dan berjaya menarik perhatian ____________ untuk berkunjung ke sini.


                                                           (Diubah suai daripada www.sinarharian.com.my)






            140
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152